KACANG KUDA REBUS

Assalammualalikum...adoiii..hari2 rasa laparkkan?perut tak boleh kosong nak kene isi juga perut ni.Makan2 aje yanag ayu tahu..heheh..badan pun dah naik tembam 2 mangkuk..huhuhuhu...adoiii..bila lah nak kurus ni.!!..Macam mana nak urus kalau makanan ade aje kat dapur tu..huhuhu.Kalau buang nanti mambazirkan? anak2 pula sush nak makan jadi mak dia ni le yang senang makan tu le badan dah tembam2..huhuhu
Selalu petang2 tengah tengok Tv tu yang ayu suka.Bab kunyah2 ni..ade aje nak di kunyahnya mcm tak letih mulut tu nak menguyah.Asal ade makanan di dapur parking kat depan TV settle semua makanan yang tersedia depan mata..
Untuk kudap2 ni ayu tak kisah makan ape pun asal halal serta senang di kunyah..jom layan resepi kudap2 yang ayu buat sendiri..resepinya mudah dan senang...jommm!!!!..

 KACANG KUDA REBUS

Bahan2nya:
250g kacang kuda di rendam semalaman dengan serbun kunyit
Keesokan harinya rebuskan dulu kacang kuda hingga lembut dan ketepikan

Bahan2 tumis:
5 tangkai lada kering di potong2
2 sudu kecil biji sawi
2 biji bawang besar hiris
garam secukupnya
sedikit minyak

Cara2nya:
Panaskan kuali dan masukan minyak
Tumiskan semua bahan2 penumis sedikit garing
Masukan kacang kuda yg dah dirubus tadi kacau sebati dan bubuh pula garam...


Dah siappppp....jom kudap2 sama?..kalau berkudap2 ramai2 pasti seronok kan? tak kering gusi berbual sambil berkudap2..ishhh...teringat pula masa zaman muda2,kerap kudap2 kat panggung wayang..hahahah....
SELAMAT MENCUBA...

AGAR-AGAR CENDOL

Assallammuallaikum semua...Panaskan cuaca hari ni?.malam tadi entah jam berapa hujan lebat smpi jam 6 pagi baru berhenti..syok tidur..hehhe..sejuk seketika aje jam12 ni dah mula lah panas terik n buat kering tekak setiap hari.Anak2 mula serak..huhuh.Jerebu pun terbit sama panas2 macam ni..
Adoii..nak makan ape ya untuk sejukan tekak?...hemmmm.Buat agar2 pun sedap ni kan untuk sejuk kan tekak yg dah kering ni.lagi pun ayu suka sangat agar2 dulu asyik beli aje dapat 3 potong RM1..huhuhu,mahal  dan tak puas nak makan.masa tu kerja lah.ni dah duduh rumah kene rajin masak apepun jua resepi untuk diri kite sendiri serta rumah tangga.Jom folowww! ayu masak agar2 tau seeeeddddaaaappppp...

AGAR2 CENDOL

Bahan2nya:
20g agar2 tali
8 cawan air

3 cawan gula
2 cawan susu cair
2 ketul gula kabung
cendol secukupnya
sedikit garam
2 helai daun pandan
acuan secukupnya

Cara2nya:
masak agar2 dan gula hingga larut
masukan pula susu cair,garam n daun pandan kacau lagi
sambil tu susun acuan dan masukan 1 sudu makan cendol setiap acuan
bahagian kepada 2 bahagian
ambil 1 bahagian bersusu masukan kedalam acuan dan di biarkan keras
dan1 bahagian lagi di masukan gula kabung masak sehingga larut
kemudian tuangkan adunan ke lapisan susu tadi..dah sejuk sekejap masukan kedalam peti ais...





Nak ke???? dah siap ni??....jom makan agar2..sedap ni untuk sejukkan tekak...ok lah pada yang nak mencuba jangan segan2 boleh share resepi k..SELAMAT MENCUBA..


KEK ROS MARBLE SUSU

Assalammuallaikum semua..tengah buat ape tu?..santai2 aje ya..bestkn kalau kepala ni rehat kan sekejap supaya tak tertekan dengan keadaan sekeliling...Cuti 2 hari ni bawa2 lah ke taman bunga untuk rehat kan minda tu...
Hari ni ayu nak kasi 1 lagi resepi yang ayu kongsi dengan rakan ayu di dalam group D COOKING ROOM.
Resepi ni cukup sedap sebb rasanya cukup lemak2,sebab dalam adunan nya ade susu pekat dan susu cair..
Jom ikut ayu tengok 2 resepi nya k..kalau mudah boleh try buat dan kalau tak mudah buat sila tunggu mood jadi mudah heheheh..Jom!!!..

Kek Ros Marble Susu

Bahan :
250g butter
2 cwn susu pekat manis

1 sudu teh ovelatte
1 cwn susu cair
5 biji telur saiz A
3 cwn tepung naik sendiri
2 pewarna kesukaan
3 sudu kecil perisa ros

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Sapu loyang dengan butter& tabur sedikit tepung bagi tak melekat.
2. Pukul butter dengan susu pekat sampai kembang.
3. Masukkan ovellate n perisa ros. Pukul lagi sampai sebati.
4. Masukkan telur pukul sehingga sebati
5. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan pukul sehingga benar2 kembang
6. Bahagikan kepada 3 bahagian n 2 bahagian di warnakan kesukaan
7. Masukkan adunan berwarna selang seli. Ikut kreativiti.
8. Kukus antara 45minit/sehingga masak.
9. Sejukkan dulu baru keluarkan.





Taraaaaaaaaaaaa!!...cantik tak?..ayu rasa ok lah sebab warnanya tu buat tertarik tapi jangan risau..keknya juga sedap,lembut n gebu..ok semua sahabat..SELAMAT MENCUBA....


NASI GORENG DAUN LIMAU PURUT

Assalammuallaikum selamat pagi sahabat?..semoga sihat dan ceria 2 hendaknya di samping family2 tercinta..
Dah jarang2 masuk ke blog ni sebb tak sempat nak menaip resepi atau pun nak jenguk2 blog sendiri..Adoiii,nasib baik lah blog tak boleh berkulat,kalau boleh berkulat penug sawang sekali kat lappy ayu ni..ishishish....
ni nak tanya dah sarapan ke sahabat semua ni?dah kpt sebab waktu dah 10.00am..so ape ya menu pagi2 ni untuk bersarapan?Ni ayu pun pening nak buat ape ya sarapan pada tamu yang berkunjung kerumah di pagai hari..hemmmm....terjengok di dalam periuk ade nasi malam tadi yang ayu masak jam9.00pm langsung tak berusik..ishishish,sipat yang tak elok ayu buat..1 pembaziran kan,kat tempat lain masih ramai yang kelaparan tu..??huhuhu..so..fikir punya fikir ayu n tak mahu menbazir tau..tak elok..so terhasil lah satu resepi nasi goreng...tau ke nasi goreng ape ni???jom layan resepi kat bawah ni..

NASI GORENG DAUN LIMAU PURUT
Bahan2 A:
Dikisar~
8 tangkai cili kering direndam air panas
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
8 helai daun limau putut
1/2 cawan ikan bilis

bahan2 B:
nasi secukupnya(anggaran masak 2 pot nasi)
1 ekor ikan masin sepat di goreng n di potong2kecil
2 keping tahu di goreng dan hi potong2 kecil
5 tangkai daun limau purut di hiris
2 cudu makan bawang goreng
sedikit garam
sedikit perasa secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:
panaskan kuali dan masukan minyak
tumiskan bahan2 A kisar hingga naik bau dan garing
masukan pula bahan2 B kecuali nasi kacau n biarkan seketika hingga naik bau
msukan nasi dan kacau sebati
siap untuk di hidang..



Siappppp...jom sarapan?..nasi ni ayu gunakan beras basmaty tu le rasanya cukup2 enak dan mudah nak buatnya..cuba lah?..ok..

AGAR2 LAPIS MARIE

Assalammuallaikum sekali lg...tadi ayu buat agar2 lapisan oreo kn?/tapi ni ayu buat 1 lagi agar2 lapisan juga tapi dari biskut marie pulak..rasanya kira ok lh sedap juga cuma ayu buat tak manis sangat,tapi kaluu yang suka manis tu terpulang kat sahabat semua..k
Jom share resepi cuma resepi ni ayu gunakan bisku marie n ayu gunakan serbuk Coco sahaja..bahan2 yg lain tetap sama...

Agar2 lapisan Marie

20g agar2 bertali

6 cawan air

1 cawan gula

1 cawan susu cair

1 cawan milo


1/2 cawan serbuk coco


Biskut marie secukupnya

Cara2nya:


Masak air,gula dan agar2 sehingga semua larut


Masukan susu cair hingga mendidih


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian


1 bahagaian susu tadi kekal atas dapur dan kecilkan api


1 bahagian lagi di campurkan separuh milo dan serbuk coco dan masak atas api kecil


1 bahagian si campurkan gaki dari milo n serbuk coco tadi


Kemudian masukan kedalam acuan dan keraskan


Sementara menunggu keras api pada agar2 susu tadi hendaklah di padam.


kemudian bila dh suam2 kuku masukan kedalam lapisan pertama tadi


dan susun kan biskut marie sehingga selesai 


Akhir sekali masukan pula lapisan ke 3 itu tadi launan coco


Biarkan sejuk kemudian bolehlah di simpn kedalam prti sejuk...


Taraaaa...ni lah hasilnya agar2 lapisan marie ku..heheh..cantik tak???boleh le kan..jom tengok potongan dalamnya pulak...


So...ni lah hasil lapisan dalamnya...ayu taruk biskut sikit aje sebb nak jimat..hheh..
apepun tetap sedap rasa2 coco gitu..ok lah..pada nak mencuba silakn..k..selamat mencuba....




AGAR-2 LAPIS OREO

Assalammualalikum..lama dh tak masuk sini..huhuhu,siannya dh erabuk2 blog ayu ni..resepi bnyk nak share tapi tak sempat nak taip kat sini sebb banyak sngat undangan open house n kenduri kawan..Alhamdulilah walau pun cuaca tak seberapa elok tapi acara2 penghujung raya ni berjalan dengan lancar..
Ok lah..ayu nak share resepi yg ayu but sendiri dari air tangan ni..resepi ni elok untuk cuaca yg panas kat luar tu..tak tahan..huhuhu..resepi ni ayu share dari seorang sahabat  facebook Intan Diana Sapri.resepi yg cukup sedap untuk penyejuk tekak,Jom layan sat resepi kat bawah ni k...



AGAR2 LAPISAN MARIE

Bahan2nya:
20gm agar2 bertali
6 cwn air
1 cwn gula
1 cwn susu cair
1 cwn milo
Oreo secukupnya dan belah 4 tampa buang krimnya

Caranya2:
Masak air,gula n agar2 sampai larut
Masukkn susu biar didih
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
1 bahagian susu kekal atas dapur dengan api kecil
1 bahagian susu di campur 1/2 cwn milo dan kekalkan atas api kecil
1 lagi bahagian di campurkan jugg 1/2 cwn milo dan tuang ke dalam acuan dan keraskan
Sementara menunggu keras padamkan api adunan susu tadi dh suam2 kuku tuangkan adunan susu ke dalam acuan yg sama sedikit kemudian susun biskut oreo tadi buat sehingga adunan susu habis n mengeras.
Yang terakhir sekali tuang kan lapisan coklat baki atas api tadi tadi...sejukan n simpn dlm peti sejuk...




Ni lah hasil puding lapis oreo yg ayu katekan tadi..memg sedap n rasanya tidah lah manis sangat..klu yg nak manis tu pandai2 lah tambah gula k..tapi ingat jgn mais sngat kang jadi lain pulak..huhuhu


Bagi ayu hasil tanhan ni masih belum cukup menarik lagi tapi insaalh ade masal nanti ayu nak cuba buat lg puding ni sampai ayu rasa puas hati...
Ok semua!!..selamat mencuba...


























SIRA LABU

Assalammuallikum..bulan puasa hari tu ayu pergi bazar romadhon.jalan punya jalan ayu ternampak 1 makcik dri kelantan menjual sira dalam mangkuk kecil..harga RM2.50 sahaj..dekat punya dekat rupanya sira labu.sedap ke??..try lah beli satu bekas kecil..bawa balik simpan dulu dalam peti sejuk..
alamak,terlupa nak makan sira labunya.masa sahur baru teringat nak makan.
adoiiiii...sedapnya..makan sejuk2 dari dalam peri ais.ape lagi petang2 sebelum buka ayu pi beli lagi 2 bekas..tiap2 hari beli..huhuhu..nak buat tak tahu..jadi beli aje yg ayu tahu..
masa di rumah ayu try buka blog dri kelantan..wahhhh,teruja tengok blognya yang penuh dengan resepi2 dari kelantan..nampak cukup selera..akhirnya nampk lah resepi sira labu ni..ape lagi,ayu pun try lah buat sira ni...

SIRA LABU
Bahan2 dan Cara2nya:
sukatan ikut suka ya..
ambil labu kuning di buang kulitnya kemudian masukan kapur sirih rendam semalaman
susun daun pandan dalam 5,6 helai kemudian susun pula labu kedalam periuk
letak pula santan,gula kabung dan sedikit garam.
tutup periuk guna api keci.biar sehingga naik bau dan boleh di balik2an.masak sehingga air gula menjadi sedikit siap untuk di hidangkan...


ni hasil sira labu dari air tangan ku sendiri..memg sedap dan tak perlu beli lagi..
pada yang ada penyakit kencing manis tu jgn lah makan banyak2 ya..nanti lain jadinya...
ok semua selamat mencuba..


RENDANG CRABSTICK

assalammuallaikum...selamat pagiiiiiii!!..hope semuanya sihat2 hendaknya ya di samping family yg sihat n ceria2 semuanya...hari ni ayu nak tunjukan resepi crabstik.hari tu ayu buat crapstik spicy.tapi kali ni ayu nak buat crapstick rendang yg cukup ranggup dan rempahnya melekat di crabstck.Yang dah makan tu pasti tahu rasa crabstik rendang resepi dari air tangan ayu sendiri..
jom kita jengok2 resepinya ok??..

CRABSTIK RENDANG
Bahan2nya:
500g crabstik
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan serbuk rendang
2 sudu makan serbuk tomyam putih
1 sudu makan serbuk cili
air secukupnya
minyak masak yg banyak untuk mengoreng
sedikit garam
daun kari 8 tangkai ambil daun sahajs

Cara2nya:
panaskan minyak dalam kuali besar
crabstik dihiris kemudian di siat selapis2
masukan dalam mangkun besar campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali air n minyak
gaul sebati kemudian ambil air renjis2kan air kedalam crabstik tadi
gaul lagi sehingga nampak rempah2 melekat kat crabstik tadi,
(jangan bubuh banyak air cukup sekadar rempah melekat sahaja di crabstik)
kemudian bolehlah digoreng sehingga garing dan toskan.
simpan dalam kedap udara.


ni hasilnya..memg sedap n rapuh.ayu buat ni tuk open house masa 31 merdeka..crapstik kari nspicy dh habis jadi ayu buat  stail rendang pula..rasanya lagi sedap dri crapcsrik kari spicy hari tu..
sesiapa yg sudi bolehlh try resepi ni.memg tak menghampakn anda semua..
SELAMAT MENCUBA....

COKLAT BLUEBERRY N STRAWBERRY TART

Assalammuallikum..masih lagi mood menaip resepi yang tak sempat nak di siapkan tempo hari.Jujur ayu katakan yang 31 August ayu buat open house tapi tak lah besar opennya..dalam 100 lebih sikit aje yg hadir kerumah ayu hari tu.so sebelum open2 ni bnyak dh biskut raya ayu dah habis tu lah ayu buat homemade tuk meriahkan suasana atas meje.kemudian ayu buat COKLAT TART pula sebelum malam merdeka...
mengantuk tapi tahan kn juga sebb dh janji nak buat..jom layan resepi ni dulu k...



COKLAT BLUEBERRY N STRAWBERRY TART
Bahan2nya:
250g tepung rose
125g marjerin
1 sudu kecil esen vanilla
60g gula aising
1 biji kuning telor
sedikit pewarna kuning
acuan tart secukupnya

Cara2nya:
pukul marjerin dan gula aising hingga kembang dengan spatula
masukan esen vanilla dan kuning telor serta pewarna dan pukul lagi
masukan pula tepung rose dan gaul sehingga menjadi doh lembut (elakan mengaul doh terlalu lama nanti doh boleh keras dengan cepat)
ambil acuan pastry dan sapukan acuan sedikit dengan sedikit marjerin.
kemudian bentukan menjadi seperti gambar di bawah ni dan bakar 20min suhu 170'c


ni lah hasilnya kulit pastry yang siap di bakar.
jom tengok bahan2 intinya pulak


Masukan sedikit jem strawbery kedalam pastry.


Masak coklat milk secara double boiler dan tuangkan kedalam pastry yang berisi jem strawbery tadi
taburkan deco cookies secukupnya dalm setiap coklat tart tadi.
mudahkan?tu lah hasilnya..sedap lah juga sebb dh selesai pun coklat tart sebelum jamuan selesai..


















MY GREEN HOMEMADE

Assalammuallaikum...maaf lah lama tak masuk kat blog ni..ada masa klu2 line cantik..ni line teruk sungguh sejak raya bermula.elok juga sekali sekala tak elok line ni tak le memanjang nak on line smpikan tamu nak raya pun masih ada berfacebook.hope tak ada yg buat mcm tu tau..heheh
ok lah ni ayu nak tunjuk lg resepi homemade..raya tahun ni ramai le buat home made ni..bnyk rumah ayu pi semua beli..harga boleh tahan..huhuhu..so ape kata kita buat aje lepas ni.bukan sush pun naki buat homemada ni..hanya cairkan coklat secara double boiler pastu masukan dlm moule kemudian isikn sikit kekacang yang kita suka..muidah kan..so tahun depan but lah lg best..
jom kita buat sama2 k..kat bawah ni ayu but homemade lg lepas raya seminggu sebab nak buat open house pada 31 MERDEKA..coklat yg lepas dy habis..huhuhu..

GRENN COKLAT HOMEMADE

1kg white coklat berly's
1kg dark coklat beryl's
badam cincang secukupnya di bakar
biji gajus secukupnya di bakar
moule secukupnya(klu tak cukup moule guna aje peper cup
sedikit pewrna hijau.

Cara2nya:
masak dulu white coklat secara double boiler,
kemudian masukan pewarna hijau dan kacau hingga rata,
sambil tu taburkan sedikit badam cincang ke dalam moule,
bila coklat sudah cair masukan coklat hijau tadi kedalam moule yang sudah siap badam di dalamnya,
masukan coklat hujau setengah moule sahaja,
kemudian masukan seketul biji gajus dan tabaurkan sedikit badam cincang,
buat semua sehingga selesai.kalau tak cukup moule bubuh kedalam papar cup dengan cara yang sama,
Kemudian masakan pula duck coklat secara double boiler sehingga cair dan tuangkan  kedalam moule
lapisan coklat hijau tadi.masukan kedalam peti sejuk..sok siap di makan..


siap dh MY GREEN HOMEMADE ku...bentuk yg biasa2 aje.di atasnya nampak jelas badam hancurnya dan di tengah2 nya pula ada biji gajus berserta badam hancur yg banyak..so suca lah pasti semuanya puas hati dan tahun depan raya boleh buat...jimat2..

Tip:sekiranya coklat yang anda masak menjadi keras cepat,tercampur air dan coklat rosak,ak sengaja mengunakan bahan perwarna air,jangan di buang coklatnya ya..boleh di guna kan lagi hanya meletakkan 2 sudu makan penuh COCOA BUTTER kedalamnya dan masak secara boubler boiler dalam 5 min coklat akan menjadi cair semula..siap digunakan.
SELAMAT MENCUBA...