Showing posts with label ANIKA KUIH MUIH. Show all posts
Showing posts with label ANIKA KUIH MUIH. Show all posts

TALAM UBI KAYU

Assalammuallaikum sahabat semua,selamat petang?.ni dah minum petang ke semua ni?..semalam balik dari kedai singgah lah kedai nyonya uluyam beli ni...


ubi kayu lahhhh..nak buat apa ni ya?.lepas tu ayu pun on blog resepi ubi kayu..tiba2 keluar lah gambar kuih talam ubi..so ayu pun try lah buat talam ubi ni..sebenarnya ayu tak penah buat lagi tau talam ubi ni.ayu x minat buat kuih2 ni tapi kalau buat biskut ayu top no.1 minat n kek..tapi dah sebab kerna duduk umah sepenuh masa ni..apa lagi semua nak kene cuba.sedap atau tak sedap belakang cerita..hehehe..jom layan resepi kat bawah ni..

~TALAM UBI KAYU~
bahan2 lapisan bawah:
700g ubi kayu sagat
100ml santan kotak
300ml air
200g gula
sedikit pewarna kuning
cara2nya:
~satukan semua bahan2 di atas dalam periuk
~masakan atas api sehingga pekat
~tuang dalam loyang dan kukus selama 25min

bahan2 lapisan atas:
100g tepung beras
50g tepung ubi
50g tepung gandum
2 sudu kecil garam
200ml santan kotak
 500ml air
cara2nya:
~Bancuh semua bahan2 diatas dan kacau sebati
~tapiskan bahan2 dan masukan kedalam periuk
~masakh atas api sehingga naik wap
~kemudian tuangkan atas lapisan ubi tadi
~kukus selama 30min..


alahaii!!..ni lah hasil nya..cantik tak?..kuih ni memangg sedap dari hasil jari jemari ayu..heheheeh..sempat lagi puji diri sendiri..hahah..jangan marah ya,ayu gurau aje..rasanya memg sedap n lembut..tak rugi membuatnya.dapat 1 loyang besar..hemmmm..sapa lh yg nak makan ni? anak2 dan hubby tak minat kuih ni..soooooooooooo..sedekah le kat jiran...

~SELAMAT MENCUBA~

ROTI JALA COLOURFUL

Assalammuallaikum..!!dah minum petang ke ni? jom minum ayu ada buat roti jala ni,Colourful lagi.tapikan penat lah juga nak menjala ni.peluh jantan pun keluar..hhehe.nasib baik menjala kat dapur,kalau kat laut mahu pengsan dibuatnya..kuyup satu badan ni...hemmm..sebenarnya tengahari tadi masak kari sardin tu le terfikir nak buat roti jala ni..eeehhh,roti jala ke roti kirai ya?? tak apa lah asalkan sedap.jom layan kat bawah ni resepi ROTI JALA COLOURFUL...
bahan2nya:
4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
2 cawan air
2 biji telor
1 sudu kecil garam
2 pewarna pilihan -hijau dan pink
sedikit minyak

cara2nya:
masukan semua bahan2 kedalam mangkuk besar kecuali pewarna.
kacau sehingga larut dan sebati.
tapiskan adunan supaya tidak berbiji.
bahagikan kepada dua bahagian dan bubuh pewarma.


isikan kedalam botol lubang 1 seperti gambar ni..
kemudian panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak dalam kuali.


jalalah ikut sesuka hari seperti ini.


ni dah siap masak dan nak di gulung.


gulung lah seperti ini.


.
taraaaaaaaaaaaaa...ni lah ROTI JALA COLOURFUL yang sudah siap dimasak.
bolehlah dihidangkan dengan kuah kari..
~SELAMAT MENCUBA~