Showing posts with label ANIKA RESEPI AYAM. Show all posts
Showing posts with label ANIKA RESEPI AYAM. Show all posts

KERUTUK AYAM TUA KAMPUNG

assalammualalikum semua sahabat ayu..sihat hendaknya ya..ceria2 selalu ok ..cutikan hari minggu mcm ni..masing2 pergi open house hari minggu macam ni kan?ok lah ayu dah siap masak ni nak open2 sikit housenya..heheh..jom le join sama!!..
Hari ni ayu teringin nak masak KERUTUK AYAM..resepi ni hubby suka sangat2.al maklum le ni kan masakan orang kelantan so hubby pun orang sana tu le hubby suka makan ayam atau daging kerutuk ni..
Masakan ni agak2 peda sikit n manis2 sikit..selalu orang2 buat manis sangat tapi ayu buat kurangkan manis..tak mo sakit2..tau..BAHAYA..ape kata kita kurangkn gula dalam masakan..ok tak??setttttttt!!...
jom layan kejap resepi kat bawah ni ok..

KERUTUK AYAM TUA KAMPUNG
Bahan2nya:
1 ekor ayam di potong 12 direbus empuk dan air rebusan jangan di buang
50g serbuk Kerutuk Adabi
1 cawan minyak masak
1/2 cawan kerisik buatan sendiri
200ml santan kotak
2 cawan air rebusan ayam(angaran ikut kepekatan kuah)
2 sudu makan penuh gula merah
sedikit garam/perasa
1 kiub ayam
1 batang serai ketuk
1 helai daun kunyit di siat
1/2 sudu makan pati asam jawa

Bahan2 penumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
2 kuntuk bunga lawang
5 buiji cengkih
2 biji bawang besar hiris

Bahan2 kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik bau
Masukan pula bahan2 kisar dan masak sehingga pecah minyak
Masukan pula serbuk kerutuk kacau sebati
Masukan pula ayam dan kacau sebati.
Masukan pula santan dan air kacau2 sehingga sebati masukan pati asam jawa,gula merah,garam,kiub,kerisih,serai dan daun kunyit kacau lagi sehingga kuah bear2 pekat dan sebati


siappppp!!...simple aje kerutuk ayam ni sebab bahan2 deko x letak..huhuhu
tak pe tak letak sebab masuk perut semua hilang..heheh
selamat mencuba....




AYAM MASAK MADU


Assalammuallaikum semua..ada 1 lagi resepi ni nak ayu kongsi bersama dengan semua sahabat semua.selama ni ayu suka sangat2 pi makan kat kedai mamak di Kuala Kubu.mMenu yang paling2 ayu suka ada lah ayam masak madu.ia memg sukup sedap,lazat dan menyelerakan.nak buat memang tak tahu tapi makan no.1..hehehe..Tapikan kalau makan harganya pula mak aiiii..mahal kan?mahu tak mahu ayu makan lah juga sebab tu aje menu yang ayu suka kalau pergi kat kedai mamak di mana2 pun pasti ayu makan ayam madu..tapi bukan mengatak ayam tau!!..ayu makan dengan nasi beriani..wahhhhhhh...cukup2 sedap dan lazat.                                                                                               Kemudian ayu cuba sendiri buat AYAM MASAK MADU ni dengan hasil perkongsian di banyak2 kedai makan mamak dan di dalam blog2 yg terbaik penah ayu terokai.. jom kita tengok resepinya ya??...
AYAM MASAK MADU
Bahan2nya:
 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
 100gm buah kismis.
 50gm buah jagus.
 2 sudu besar gula pasir.
 1 sudu besar serbuk cili.
 1 susu besar Jintan putih.
 1 sudu besar Jintan manis.
 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
 Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
 Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
 Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
 Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
 Hirisan bawang besar i biji (besar).
 Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.

Cara2nya:
1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan..
2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.
3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.
4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana.
5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata.
6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah).



 yaaaaaaaa..ni lah hasilnya ayam masak madu yang ayu buat sendiri tau...sedap sedap sedap..heheh
kene puji diri sendiri punya masakan kalau tak siapa lah nak puji nanti..huhuhu
nak makan dengan apa ya ayam masak madu ni??
APEEEEEEEEEEE!!!!..nasi beriani ya??




tu diaaaaaaaaaa....siap dah sebenarnya nasi beriani nya..nak resepi ya???
Tungggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
di posting akan datang..
SELAMAT HARI RAYA...


AYAM MERAH KISMIS

Assalammuallaikum semua..jom2 kita sambung lagi resepi untuk hari iftar.ayu kene buat hari ni juga untuk menu lebaran raya ni cecepat yang boleh sebab hari2 beri kutnya takut tak sempat.ni pun ada masa kejap2 jae sebab tadi baru aje tamu balik tu le boleh masuk blogger ni.sat lg petang ada tamu lagi jadi masak2 tuk jamu tetamu sudah pun siap tapi resepinya nanti2 ya..ayu nak  buat resepi yang lepas2 yang mana ayu benar2 tak sempat nak salin..huhuh..jom layan sat resepi kat bawah ni..resepi yg sukup ringkas dan sedap juga.....hehehe

AYAM MERAH KISMIS

Bahan2 Ayam untuk digoreng tidak garing:
2 ekor ayam di potong 12 setiap seekor
1 sudu makan serbuk kunyit 
sedikit garam
minyak secukupnya

Bahan2 penumis:
2 batang kayu manis
8 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
6 biji cengkih
2 hiris asam keping

Bahan2 kisar:
20 biji cili kering potong remdam dengan air panas
6 biji bawang besar merah
1 labu bawang putih
2 inci halis
3sudu makan kismis
1 inci lengkuas

Bahan2 samping:
4 biji tomato potong 4 setiap sebiji
4 helai daun pandan di simpul
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1 susu makan pati asam jawa
garam secukupnya
gula sesedap rasa

Cara2nya:
Goreng dulu ayam jangan garing2 ya...ketepikan
Panaskan 2 cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik bau
Masukan semua bahan2 kisar dan masak hingga minyak terbit
Masukan pula semua bahan2 sampingan kacau sebati
kemudian tuangkan kuahnya atas ayam tadi..


siap dah ayam merah kismis ku..resepi ni anak2 memang suka dan makan sambil menjilat jari lah.hehe
memg nampak gambar tak menarikkan?tapi rasanya cukup sedap..
ok lah,nanti ayu nak sambung lagi dengan resepi2 untuk samtapan hari raya yang lain ok..
SELAMAT HARI RAYA....




AYAM SOS TIRAM

Assalammuallaikum...jom2 layan resepi AYAM SOS TIRAM kat 
bawah ni.ayu huat ringkas2 aje sebab dh penat dan tak tahu nak masak ape sebenarnya ayam ni.so terjumpa resepi ni kat blog tu le buat ayam masak sos tiram ni..
Rasanya ok2 aje nan sedap leeeee weiiii...heheh
Klu tak sedap tak akan ayu nak masukan kat dalam blogger ni kan betul tak? sebab sedap le ayu masukan kedalam blogger ni..jom layan resepi nya ya.dapat juga buat tatapan kalau nak masak lagi lepas ni..

AYAM SOS TIRAM

Bahan2nya:
2 ekor ayam di potong 12 setiap seekor
4 biji kentang di potong 6 setiap sebiji
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos tomato
2 sudu makan serbuk kunyit
4 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
5 sudu makan cilis mesin
2 cm halia*
 3 batang serai ketuk4 sudu besar serbuk kari di gaul dengan sedikit air menjadi pes pekat
secukupnya garam dan perasa

Cara2nya:
Mesein semua bahan2 yang bertanda *
Taburkan garam dan serbuk kunyit pada ayam dan goreng seketika jangan sampai garing
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serbuk kasi hingga terbit minyak
Masukan serai dan ayam kacau hingga kuah rata sebati
Masukan pula sos tiram dan sos tomato,garam,perasa dan bubuh pula sedikit air
Biarkan mendidih sehingga kuah pekat
siappppp....


                                                                                    
Ni lah hasilnya AYAM SOS TIRAM..menu yang ringkas untuk iftar .
Rasanya memg sedap serta aromanya cukup menyelerakan..
selamat mencuba juga selamat hari raya maaf zahir batin...
RAYA RAYA RAYA....hehehe