Showing posts with label BISKUT RAYA 2012. Show all posts
Showing posts with label BISKUT RAYA 2012. Show all posts

COFFEE COKLAT CHIP COOKIES

Assalammuallaikum semua,selamat pagi ya?alhamdulilah sampai ke hari ini ayu masih berada di blog ini.selagi ayu masih di sini selagi itu lah tangan ini menari-nari menaip resepi yang sederhana dari ayu untuk semua sahabat insaalh...sekira ada kesilapan dan ketidak selesaan dri blog ayu sila komen ya.moga dengan setiap komen dari sahabat itu akan ayu perbetulkan...
ok lah sahabat,ayu nak share 1 resepi yang ayu buat minggu lepas.biskut ni ayu suka sangat2 sebb ada perasa dan bau yang cukup harum.resepi ni ayu main reka2 aje tapi alhamdulilah sedap dan anak2 cukup suka..huhuhu dah pun habis 1 balang...huhuhuhu...jom kita jengok2 resepi kat bawah ni ya!!..

COFFEE COKLAT CHIP
bahan2nya:
440g tepung biskut Mix
250g butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat chip
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan coffee flavour
1 sudu makan pewarna peach
secukupnya coklat chip(hiasan)

cara2nya:
Pukul dengan spatula butter/marjerin sehingga kembang
Masukan pula serbuk koko,coffee flavour,pewarna peach dan esen vanilla pukul sehingga sebati
Masukan pula coklat chip dan tepung biskut mix adun sehingga menjadi doh lembut.
Canaikan adunan dan tekap dengan acuan mengikut bentuk acuan yang anda inginkan.
Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan ia dengan coklat chip atasnya
Bakar selama 20min suhu 170'c sehingga masak.


ni lah tadi COFFEE COKLAT CHIP yang sudah siap di bakar..
tak cantik kan?..tapi walahhhhh!!1...sedappppppppp!!....suka biskut ni sebab aroma dan rasanya
serta kerapuhan biskut ni...
ok semua..selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu buat semua...



ALMOND LONDON OAT CAPPUCINO

Assalammualaikum semuanya..sekali lg dalam mood biskut raya.
namanya raya kalau tak buat hidup ayu rasa tak meriah raya.kene lah kecoh2 sikit kat dapur.
kasi comot sana sini sikit kekotoran kat dapur tu..heheh
ok lah ni ayu nak share lg tau biskut raya..
jom kite tengok dulu resepinya kemudian kite tengok pula gambarnya...jommmmm!!!

BISKUT ALMON LONDON OAT CAPPUCINO 
Bahan2nya:
250g butter
125g gula aising
100g tepung jagung
200g tepung hoen kwee(warna putih tulisan biru)
250g tepung gandum
1 biji telor pukul sedikit
1/2 cawan oat
2 sudu kecil cappucino emulco
Badam biji secukupnya

Cara2nya:
Pukul butter,gula,dan telor hingga kembang
Masukan pula cappucino,pukul lagi.
Kemudian masukan oat,tepung jagung,tepung hoen kwee serta tepung gandum
adun sebati sehingga menjadi doh lembut
Buat bebola kecil dan masukan badam kedalamnya dan susun dalam dulang pembakar
Bakar selama 25min suhu 170'c hingga masak.


kemudian buatkan Toppingnya..
Bahan2 untuk Topping:
coklat masak secukupnya
coklat putih secukupnya
secukupnya deco cookies

Cara2nya:
Masak coklat berasingan secara dobel boiler sehingga cair
Kemudian ambil ambil biskut yang telah masak tadi celopkan dengan coklat masak
kemudian masukan ke dalam mangkuk kertas.
Hiaskan atasnya dengan deco cookies mengikut cita rasa masing2.


siap dh biskut kegemaran anak2 ku..
rasanya ada kelainan dri biskut almon landon ku yg lama.yg ni memg sedap n aromanya cukup best..
tapi ada juga deco2 almond london yang lama..


ni dia deco yg lama..tetap ayu ingat,ayu buat sikit aje untuk tempahan..
bahan2 almond yang lama tak ada oat n cappucino..
ok semua..selamat mencuba dan salam ramadhan..




TAT NENAS BLUEBERRY

Assalammuallaikum..macam2 bentuk dan rasa biskut raya tahun ni kan?,ape lg ayu pun ambil peluang le folow up sama gaya n cite rasa biskut tahun 2012 ni..tapi jgn bentuk aje yg cantik tau..rasanya pun kene sedap klu tak anak2 akan cakap yang bukan2..sedihhhhhhhhh...tapi apepun  kite kene lah cuba juga sebb ikut peredaran masa sekarang.
Oklah..kat sini ayu nak tunjukan satu lagi resepi yang sama tapi rasa dan aromanya cukup2 berbeza,gebu dan sedap..
jom layan resepi kat bawah ni...




TAT NENAS BLUEBERRY 

Bahan2 untuk 1 adunan:
1 cawan mentega
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung nespray
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telor
1sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna unggu
2 sudu makan Blueberry Flavour
secukupnya jem nenas
secukupnya deco cookies

Cara2nya:
Pukul mentega sama gula hingga kembang.
masukan pula kuning telor,esen vanilla,pewarna unggu dan blueberry pukul sehingga sebati.
masukan pula tepung jagung,susu tepung dan tepung gandum
adun sehingga menjadi doh lembut.
ambil sedikit doh dan masukan kedalam acuan tat dan tekan memanjang.
bubuhkan pula jem nenas di tengahnya dan gulung.
hiaskan diatas tat itu dengan deco cookies.(deco cookies ayu tambah untuk nampak lebih menarik).
bakar selama 25min suhu 170'c sehingga masak.



sooooo!!!..ni lah hasilnya TAT BLUEBERRY ayu yg sederhana n simpoi..
rasa n araomanya berbeza dri biskut tat nenas yg gulung  tu..cuba lah?!!..
ok semuanya..salamat mencuba n salam ramadan dari ayu..


Tak sabar nak tunggu malam....layannnnn!!..

TAT NENAS GULUNG

Assalammuallaikum..kali ni ayu nak tunjukan biskut lain pula.Biskut ni semua suka dri yg kecil jua yang dewasa semua sukannya..ayu pun suka juga n tiap2 tahun mesti ada biskut ni..jom layan resepi biskut kat bawah ni ya...

BISKUT TAT NENAS GULUNG
Bahan2nya: Satu adunan
1 cawan mentega
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung Nespray
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning telor
secukupnya jem nenas
secukupnya deco cookies

Cara2nya:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang
Masukan pula kuning telor,esen vanilla dan pewarna pukul lagi hingga sebati
Masukan pula tepung jagung,susu tepung dan tepung gandum adun sehingga menjadi doh lembut
Terap adunan memanjang dengan mengunakn acuan tat dan bubuh pula jem nenas ditengahnya
Gulung dan bubuh deco cookies atasnya.(deco cookies ayu tambah untuk lebih menarik
Bakar selama 25min suhu 170'c


ni lah hasilnya biskut TAT NENAS GULUNG ayu..ok semua sahabat..
selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu..




BISKUT SUSU

Assalammuallaikum semua..selamt petang? moga semuanya sihat dan ceria2 hendaknya di bualn Ramadhan ni.Terasa penat hari ni dengan cuaca yang cukup panas.tapi apepun jua keadaan hari ni kite mestio semangat iuntuk teuskan puasa dan menjalankn tugas2 harian kite tak kita di luar rumah atau di dalam rumah..so,pada yag rajin2 buat biskut tu jom layan resepi kat bawah ni..

BISKUT SUSU
Bahan2nya:
250g tepung jagung
3/4 tin susu pekat manis F&N
1 sudu kecil baking powder
marjerin secukupnya untuk menguli tepung sehingga menjadi doh lembut
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
secukupnya deco cookies

Cara2nya:
Gaul tepung,baking powder dan susu pekat sehingga sebati
Masukan pula sedikit garam dan pewarna gaul lagi
Bila semua sebati masukan pula sedikit2 marjerin dan adun sehingga menjadi doh lembut
Terap dan susun dalam dulang pembakar
bakar selama 15~20min suhu 170'c..


ni lah hasilnya BISKUT SUSU resepi di atas tadi..rasanyakn banyaklah yang dah buat bentuk bunga ni kan?..ada juga yg buat bentuk bulat tapi kat bawah ni ada ayu buat bentuk lain dari yang lain...


Taraaa!!!...ni lah bentuk baru idea dari ayu dendiri..ayu boleh nama BISKUT LELANDAK SUSU..
ok tak nama tu?/hehehe...ni kes boring le ni buat biskut bentuk ni..apepun rasa tetap sama rasanya.


ooooooopp..ada lg satu bentuk yg ayu reke sendiri..rasanya bentuk ni lg senang..jom tengok kat bawah ni gambarnya..


ni le bentuknya....hehehe bentuk ni ayu gunakn sagat sarang semut tu..pastu nur titik2kan sedikit pewarna pink..rasanya sama tapi nampak menarik juga ni...ok lah semuanya..selamat mencuba
dan SALAM RAMADAN dri ayu...



OAT'S MOCHA COOKIES

Assalammuallaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut2 blog.selamat datang ke blog 
JARI JEMARI AYU..
hari ni ayu nak kongsikan 1 lagi resepi biskut raya yang ayu buat sendiri.resepi ni ayu ambil dari resepi simpanan lama ayu sendiri yg ayu buat tiap2 tahunnya.tapi kali ni ayu gubah sedikit adunannya n bentuknya agar nampak menarik n rasa yg lain dri yg ayu buat sebelum ni..jom kite layan resepi ni!!..

OAT'S MOCHA 
Bahan2nya:
500g tepung roses
250g butter/marjerin
2 biji telor merah
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan out's
1/2 cawan badam kisar
2 sudu kecil mocha paste
secukupnya badam cincang
secukupnya coklat masak

Cara2nya:
Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
masukan telor merah dan mocha paster pukul lagi.
masukan pula badam kisar dan oat's gaul sebati.
kemudian masukan pula tepung roses.
uli sehingga jadi duh lembut.
rehatkan seketika selama 20min.
bulatkaan doh sebesar duit 20sen.
susun dalam dulang pembakar.
bakar selama 25min suhu 170'c.
masak coklat secara double boiler.
celupkan biskut kedalam coklat.
kemudian taburkan atasnya sahaja dengan badam cincang.
masukan pula biskut mocha oat's kedalam mangkuk kertas.


so..ni lah hasilnya MOCHA OAT'S yang sudah siap di ngapppppppp..hhe
rasa dan aromanya sukup sedap n anak2 pun sukakannya..ok sahabat?!..
selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu..




TAT KURMA BERCAPPUCINO

Assalammuallikum semua...ada lagi resepi baru ni dari ayu..tak tahu lah ape yang baru tu tapi yang pastinya ayu buat sendiri dan di gubar2 menjadi 1 resepi yang rasanya lain dari yang lain.tu lah ayu katakan baru..heheh..ok lah kali ni ayu nak tunjukan resepi dan gambar yang ayu gubah sendiri aduanya menjadi biskut yang sedap rasanya serta aroma yang menusuk hidung..tak percaya??..jom kite jenguk2 resepi kat bawah ni ok??..

TAT KURMA BERCAPPUCINO
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
sedikit esen vanilla
1 sudu makan cuppucini emulco
secukupnya buah kurma dibuang biji dan di belah 2 sekiranya kurma tu memanjang
sedikit pewarna unggu
sedikit pewarna hijau

Cara2nya:
Pukul butter dan telor sehingga kembang.
Masukan pula potassium sorbate,esen vanilla dan cuppucino emulco dan pukul sebati.
masukan pula tepung pineapple dan adun sehingga menjadi doh lembut.
masukan pula pewarna unggu dan uli sebati.
kemudian masukan pula pewarna hijau uli lagi sehingga adunan menjadi warna hijau lumut.
ambil sedikit adunan dan bentukan menjadi tat roll.
masukkan kurma dan rollkan.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30min suhu 170'c.


so ni lah rupanya tat kurma cappucino yang belum di bakar lagi..


ok..yg ni sudah siap di bakar..rasa dan aromanya cukup2 sedap dan harum.
pada yang mencuba tak akan rasa menyesal sebb ayu buat ni semestinya terbaik buat kawan2 semua..
pada yang nak mencuba selamat mencuba dan salam ramadan dari nur buat semua sahabat..









TAT ROSELLE

Assalammuallaikum...ada lagi resepi biskut yang ayu buat 2 hari lepas.biskut ni agak tak menarik sebab baru2 mencuba membentukannya..huhu tapi layan aje lah asalkan jimat dan sedap.yang penting cepat siap..huhu..penat weiiiiiii!! mengadap dapur ni.di tambahkan pula hari2 yang makin panas menbahang..huhu..jom layan le ressepi yang mudah dan jimat..ape yag jimay tu ya??heeh..jom!!

TAT ROSELLE
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
1 1/2 sudu makan strawberry emulco
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau
Jem ROSELLE secukupnya

Cara2nya:
Pukul butter dengan telor hingga kembang.
Masukan esen vanilla,strawberry emulco,potassium sorbate dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukan pula tepung Pineapple dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
ambil sedikit adunan dan bubuh pewarna hijau sedikit uli sehingga sebati.
baki adunan semua tu di bubuh dengan pewarna kuning dan uli lagi sehingga warna menjadi sebati.
ambil sedikit doh dan bulat2kan tekankan tengah2 adunan dan masukan sedikit jem ROSELLE kedalamnya.
bentukan nya dengan mengunakan gunting lipat.jadikan bentuk seperti strawberry dan ambil doh berwarna hijau dan bentukkan daun dan lekatkan atasnya dengan secara menekan sedikit.nak buat bentuk daun gunakan acuan Daisy?Marguerite.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25min suhu 170'c..


ni lah hasilnya sebelum bakar.agak huduh sikit le sebb terketar2 nak menguntingnya..heheh..


yang ni lah hasilnya selepas di bakar...ok tak ya??heheh..ok lah kot sebb sedap..heheh...
apepun kalau nak beli bahan2 pineapple pastri beli lah di kedai bahan2 membuat kek dan biskut.macam2 ada di sana..ok lah selamat mencuba semuanya ok...

Salam Ramadan..






HONEY CORNFLAKE COOKIES

Assalammuallaikum semua dan selamat pagi..sihat hendaknya pada semua sahabat ayu ok...apepun penat kene teruskan jua tugas seharian kite tak kira ape tugas kita.kerana tugassan yang kita lakukan itu ada lah satu rahmat dari yang esa..So,hari ni ayu nak kongsi kan bersama 1 lagi resepi kesukaan anak2 semua tak kira yang kecil,tua dan muda.semua suka biskut ni..tak percaya??
jom layan resepi biskut ni...

HONEY CORNFLAKE 
Bahan2nya:
140g marjerin dicairkan
180g madu asli
100g badam cincang dibakar 5min
280g emping jagung
150g buah campuran
1 sudu makan gula ising
mangkuk kertas secukupnya

Cara2nya:
Ambil mangkuk besar dan masukan badam cincang,emping jagung,
buah campuran san taburian gula aising,madu dan marjerin.
Kacau sebati kesemuanya dan ambil sudu dan masukan 
adunan kedalam mangkuk kertas susun dalam dulang pembakar
bakar selama 10min suhu 170'c sehingga warna bertukar keperangan..
sejukan dulu kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


yang ni belum di bakar lagi ya?/..


ni lah hasilnya selepas dibakar..sungguh sedap dan rangup...
selamat mencuba dan Salam Ramadan dari ayu buat semua...





SWEET CUSTARD COOKIES

Assalammuallaikum dan selamat pagi semua teman2 ku,moga hari baik bulan baik ini kite akan mendapat keberkatan dari yang esa.semoga jua kita juga bersemangat dalam bulan puasa ni sebab banyak tugas yang menanti kite untuk sambut lebaran..yang pastinya tiap2 tahun raya yg harus kite sibuk2 kan di dapur apa ya?? fikir fikir fikir!!!!...dapat tak jawapannya??....yuppppppp,ape lagi biskut raya lah kan?? kene buat juga,klu beli mak aiiiiiiiiiiiiii!!!..mahal tuk biskut raya tahun ni??klu ada anak seorang dua ok lagi,kalau yang anaknya berderet2 tu macam mana ya??huhu kene lah buat sebab hasil membuat puas hati dan dapat buat dengan kuantity yang banyak..anak2 pun dapat lah makan puas2..raya nanti..tapi belum sempat raya anak2 dah kebas dulu sekutnya..hehehehe...
ok lah kat sini ayu nak kongsikan bersama2 sababat semua satu resepi biskut yang menjimatkan modal,..tahun ni kene jimat2 lah sebb lepas raya nak buat pula prsiapan raya haji lepas tu pesiapan anak2 sekolah pula..Betul tak?? Apepun jimat cermat tu penting..yang pastinya biskut tu sedap lah walau pun kos duitnya ciput..heheh
jom layan resepi ni kat bawah ni..

BISKUT SWEET CUSTARD
Bahan2nya:
250g butter/marjerin
50g gula aising
1 biji kuning telor
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning~ikut suka nak warna apa
300g tepung kastard
50g tepung jagung
40g Deco Cookies

Cara2nya:
Pukul butter sama gula aising hingga kembang
Masukan pula telor,esen vanila dan pewarna dan pukul lagi
Maukan pula tepung kastard dan tepung jagung gaul sebati hingga
menjadi doh yang lembut
Pam kan pada dulang pembakar dan letakan deco cookies diatasnya
Bakar selama 20min suhu 170c sehingga masak kekuninggan..


yang ni biskut yang belum di bakar..sungguh comei2 le biskut ni sebb nak jimat..hehehe


taraaaaaaaaaaaaaa!!!!..sudah siap di bakar..walahhh memg sedap lembut n gebu..


deco cookies yang berbeza2 jaji menarik n sedap..hehehe..kalau tak percaya sedap cuba lah buat sendiri.pasti sahabat semua terpesona dengan rasanya..ok sahabat?,cuba jangan tak cuba..
salam ramadan...