SELAMAT DATANG RAMADHAN ALMUBARAK 2012

Assalamualaikum,
Hari ini merupakan hari pertama semua umat islam di Malaysia menjalankan ibadah berpuasa. Di sini, ayu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berkesempatan singgah di muka buku ini….
Selamat berpuasa  dan harapan ayu semoga ibadah berpuasa tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.
Ramadhan adalah satu bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua umat islam diseluruh dunia.  Setiap detik dan waktu adalah keberkatan dan mendapat pahala serta ganjaran dari Allah SWT sekiranya kita sentiasa mengingati Nya.  Perbanyakkan lah beribadah dibulan ini.  Hiasilah bulan ini dengan banyak melakukan solat-solat sunat terutamanya dimalam hari, membaca Al-quran, bersedekah dan lakukanlah solat terawih yang hanya dapat dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
Allah telah menjanjikan malam 1000 bulan iaitu malam LailatulQadar.  Janganlah kita memikirkan sangat adakah malam ini atau malam esok akan berlakunya LailatulQadar… yang penting setiap dari kita mesti berazam dan melakukan ibadah tersebut pada setiap hari dan malam.  InsyaAllah dengan cara itu, pasti kita tidak akan terlepas dari mendapatkan malam 1000 bulan tersebut.
Alhamdulillah, dipagi 1 Ramadhan ini ayu masih lagi bernafas… Syukur kehadrat Ilahi yang masih memanjangkan usia ayu. Ayu juga bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia kedua ibubapa ayu,suami tercinta,anak2 lelaki ayu dan adik beradik ayu semua.
Bagaimana pula anda diluar sana? Marilah kita sama-sama memeriahkan Ramadhan yang boleh diumpamakan sebagai bulan pesta bagi semua umat islam.  Rebutlah peluang ini dengan sepenuhnya.  Jangan lah kita menjadi orang yang rugi.  Ramadhan tetap datang dan pergi… namun adakah kita pasti akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Untuk tidak menjadi orang yang rugi…Jom!! Sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya Ramadhan.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AYU SEKELUARGA..

sekadar gambar hiasan


HAPPY BIRTHDAY MY HUBBY


Assalammuallaikum Hubby.jutaan My apologies if this self-forgotten or engrossed with today's date is Wednesday, 15/08/2012 and today's date is also fixed your wife will remember and will never forget that day is here hubby.Di lovely birthday wish take this opportunity to say HAPPY BIRTHDAY for a lovely husband.semoga husband and simplify all the doors of our sustenance and happiness .... bersama.aminnnn
husband, listening to this heart piece of the box with you to understand how beautiful you really love this yourself wholeheartedly ...
Husband, beautiful wedding very fortunate and grateful for the beautiful bride in time hubby.Di quite difficult and happy no one is ill at the sight of this beautiful but hubby For only latent and explicit self-husband will also understand this. husband down that beautiful face there is nothing in the sight of beautiful .. Thank you for a husband on the meaning of this? ..
Husband, peace and kedamayan that for this I got from you is a beautiful store and bind them to love us, right erat2 still fertile and selama2nya insaallah germinate .. beautiful .. husband loves to do only one habby to end this life .... hope our marriage will remain to the end of life .. insaalh ....
Salam Love From Your Wife: AYU


HAPPY BIRTHDAY




sekadar gambar hiasan



TIPS MEMBUAT MERINGUE

TIPS MEMBUAT MERINGUE

Bila kita membuat meringue, sebaik-baiknya gunakan telur putih yang sejuk (yang telah disejukkan didalam peti sejuk). Dan bila mengasingkan putih telur dan kuning telur, sebaik-baiknya jangan ada setitik lebihan kuning telur yang masuk kedalam campuran putih telur. Kerana sedikit lebihan kuning telur yang ada dalam campuran putih telur akan tidak dapat menghasilkan meringue yang sedap lagi ranggup. Sama juga macam kita buat Kek Lapis. 



Setelah putih telur yang sejuk itu diasingkan, biar ia pada suhu bilik selama 30 minit kasi dia relax kerana putih telur yang pada suhu bilik akan lebih senang untuk kita pukul hingga gebu dari yang sejuk. Putih telur yang tadi disejukkan supaya senang untuk kita asingkan dari yang ada pada suhu bilik. 




Yang penting, perkakas mixer yang kita gunakan biarlah ia bersih dari segala jenis air/ minyak dan sebagainya. Ini tips untuk menghasilkan putih telur yang dapat dipukul sehingga kembang dan gebu. Jika mangkuk mixer ataupun perkakasnya ada kelembapan (air) ini akan tidak dapat menghasilkan meringue yang dikehendaki. Untuk buat meringue sebaiknya gunakan mangkuk besi macam kenwood itu, putih telur akan kembang cantik berbanding dengan mangkuk plastik. 




Masukkan putih telur dalam mangkuk mixer dan pukul pada kelajuan tinggi. Jangan takut jika nampak buih-buih dalam adunan putih telur ini adalah normal. Untuk menghasilkan meringue yang sempurna pukul putih telur dengan whisk menggunakan tangan tidak digalakkan. Semakin lama putih telur dipukul buih-buih akan larut dan adunan putih telur akan berganda 6 hingga 8 kali dari segi kuantiti asal dan juga ia lebih stabil dan warnanya bertukar putih cerah.




Gula pula adalah penting sebaik-baiknya gunakan superfine sugar (gula kaster) yang halus sikit kerana ia mudah larut. JANGAN masukkan semua gula pada satu masa, sebaik-baiknya sewaktu mixer mumukul adunan putih telur masukkan 2 sudu besar gula pada satu masa setiap kali sehingga habis. Jika nak tahu gula sudah larut ke belum, ambil sedikit putih telur dan rasa antara jari jika masih berpasir, gula tersebut belum larut lagi. 




PENTING: Jika anda memukul putih telur, haruslah mixer ditidak dihentikan dan terus memukul sehingga anda masukkan gula dan pukul lagi adunan sehingga ia menjadi kental dan likat dan bersinar sikit. Jangan matikan mixer separuh jalan, ini akan menghasilkan meringue yang mungkin tidak set dan mudah melekat dan melekit bila dibakar.




Meringue sudah set bila anda angkat adunan dengan sudu dan ia tidak cair dan tidak jatuh adunan tersebut. Lagi satu jika anda buat bulatan pada adunan meringue dengan sudu adunan meringue akan membentuk haaaa ini bermakna meringue anda telah pun sempurna dan sedia untuk digunakan. 




Bila membakar pie/ biskut yang ada topping meringue, gunakan suhu sederhana dan bakar lama sedikit untuk menghasilkan meringue yang ranggup. 




TIPS: Untuk potong biskut yang ada meringue ataupun pie gunakan pisau yang telah dicelup dalam air sejuk. Harap info ini dapat membantu semua.
RESEPI MERINGUE
MERINGUE KISSES
Disumbangkan oleh Diana kepada Rnet
sumber: inahar's cooking time
Bahan-bahannya

(A)

2 biji putih telur 
180 gram gula
 
1/4 sudu teh cream of tartar


(B)

1/2 sudu besar tepung jagung 
150 gram coklat masakan, dicairkan


Cara-caranya

1. Pukul putih telur bersama dengan cream of tartar sehingga kembang dan kaku. Campurkan gula sedikit demi sedikit hingga pekat.
2. Kaup dan balikkan (B) hingga ia sempurna.
3. Bubuh adunan kedalam beg piping bermuncung bintang. Paipkan keatas kertas pembakar.
4. Bakar pada suhu 130 darjah C selama 1 jam atau sehingga ia ranggup.
5. Sesudah sejuk, celup meringue dengan coklat masakan cair. Letak diatas kertas minyak sehingga ia keras.



ni lah meringuie yg siap di celup coklat dan bubuh pula jem kesukaan......
tk resepnya sahabat cantik,menarik dan sedappp...

COFFEE COKLAT CHIP COOKIES

Assalammuallaikum semua,selamat pagi ya?alhamdulilah sampai ke hari ini ayu masih berada di blog ini.selagi ayu masih di sini selagi itu lah tangan ini menari-nari menaip resepi yang sederhana dari ayu untuk semua sahabat insaalh...sekira ada kesilapan dan ketidak selesaan dri blog ayu sila komen ya.moga dengan setiap komen dari sahabat itu akan ayu perbetulkan...
ok lah sahabat,ayu nak share 1 resepi yang ayu buat minggu lepas.biskut ni ayu suka sangat2 sebb ada perasa dan bau yang cukup harum.resepi ni ayu main reka2 aje tapi alhamdulilah sedap dan anak2 cukup suka..huhuhu dah pun habis 1 balang...huhuhuhu...jom kita jengok2 resepi kat bawah ni ya!!..

COFFEE COKLAT CHIP
bahan2nya:
440g tepung biskut Mix
250g butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan coklat chip
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan coffee flavour
1 sudu makan pewarna peach
secukupnya coklat chip(hiasan)

cara2nya:
Pukul dengan spatula butter/marjerin sehingga kembang
Masukan pula serbuk koko,coffee flavour,pewarna peach dan esen vanilla pukul sehingga sebati
Masukan pula coklat chip dan tepung biskut mix adun sehingga menjadi doh lembut.
Canaikan adunan dan tekap dengan acuan mengikut bentuk acuan yang anda inginkan.
Susun dalam dulang pembakar dan hiaskan ia dengan coklat chip atasnya
Bakar selama 20min suhu 170'c sehingga masak.


ni lah tadi COFFEE COKLAT CHIP yang sudah siap di bakar..
tak cantik kan?..tapi walahhhhh!!1...sedappppppppp!!....suka biskut ni sebab aroma dan rasanya
serta kerapuhan biskut ni...
ok semua..selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu buat semua...



CRAB STICK SPICY

Assalammuallaikum semua..terasa penatnya hari ni,bangun jam3.30am sampai sekarang belum lagi dapat melelapkan mata sebentar sebb macam2 tugas menanti kat rumah ni...Raya raya raya,sebab tu leh penat macam mana pun dan mengantuk macam mana pun teruskan tugas ni untuk merapikan rumah.nak sambut syahwal ni...semangat tu kemas rumah..luar dalam ayu selok habuk,tapi tetap juga berhabuk rumah ni..huhuhu
ok lah,ayu tak mahu cita panjang2 ni.klu cita penuh 1 blog ni kan?
ok lah ni ayu nak kongsi 1 resepi buat semua sahabat blogger.resepi ni ayu dapat dari dua sahabat FACEBOOK yang selama ini banyak membantu dan dalam segi masakan dan resepinya semua sedap2..ayu kenalkan namanya ialah ROHANA SULAIMAN dan seorang lagi yang beri juga resepi ni iaitu 
SALMAH HARON..tk ya resepinya ANA n SALMAH..Memang sedap resepi yang di beri dan rasanya tak cukup le..huhuhu..kene buat lagi ni.. ohhhhhhh ya!!!..maaf maaf maaf..resepi ape ya???heheheh


yaaaaa...resepi ni lah ayu nak cita tadi..
CRAB STICK SPICY
maaf lah yang empunya resepi,ayu dah ubah bahan2nya untuk mendapatkan rasa yang agak pedas sedikit..jangan marah ya..heheh sayang kamu.....

CRAB STICK SPICY
Bahan2nya:
1kg crapstik
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan serbuk kari BABA's
2 sudu makan serbuk tomyam putih
sedikit garam
10 tangkai daun kari(ambil daunnya sahaja)
Minyak mengoreng secukupnya

Cara2nya:
Potong memanjang di tengah2 crabstik
Kemudian ambil sepotong crabstik yang di potong setengah tadi di hiris 4 bahagian memanjang
Setelah itu ambil sepotong hirisan memanjang tadi dan di leraikan selapis-selapis(setiap
1 hirisan ada 3 lapisan atau 2) buat sehingga habis.
Ambil mangkuk besar muat2 untuk isi crabstik 1 kg.
Masukan semua bahan2 di atas kecuali minyak
Gaul rata sehingga semua rempah bersatu dengan crabstick tadi
Bila semua dah di salut dengan rempah dam bertukar warna kemerahhan
Bolehlah di goreng sehingga garing dan naik bau kari.
Toskan crab stick spicy yang siap di goreng tadi
dan simpan dalam bekas kedap udara

Tips ~ sila goreng crab stick hingga benar2 garing(jangan hangit pula ya) 
kalau tak garing nanti ia kan lembik sedikit...kalau goreng sehingga garing akan mendapat
satu cita rasa keropok yang enak.


ni lah hasilnya CRAB STICK SPICY tadi..ia nya meng sungguh sedap dan rapuh..
ok lah semua sahabat.itu saja dulu dari ayu ok.
selamat mencuba dan salam ramadhan dari ayu untuk semua


JENIS-JENIS MENTEGA

Jom kita baca2 sekejap note kat bawah ni.mana lah tahu ada juga faedah2 buat sahabat semua...

Mentega adalah produk susu yang proses pembuatannya dicampurkan kemudian diedarkan. Biasanya digunakan untuk memasak dan membuat kek, baik bahan dasar mahu pun sebagai sos saja. Mentega umum nya dibuat dari susu sapi dan haiwan mamalia lain seperti kambing, lembu, kerbau dan yaks.

Menurut cara pembuatannya, ada beberapa jenis mentega yang proses dan digunakan sesuai dengan keperluan kita, yaitu:

TRADISIONAL BUTTER


Churned Butter
Churned butter adalah mentega tradisional yang dibuat dengan mencampurkan susu yang telah diproses hingga bentuknya lebih padat. Di Kanada, ada sebuah peraturan bahwa churned butter iniharus mengandung setidaknya 80% lemak, 16% air dan 3% susu murni. Churned butter ini dijual dalam dua versi, salted dan unsalted, tergantung selera dan keperluan penguna.

Sweet Butter

Ada yang menyebut sweet butter iniunsalted butter. Sebenarnya sweet butter adalah jenis churned butter yang dalam pembuatannya tidak menggunakan garam, jadi rasanya manis. Dalam dunia baking,sweet butter ini digunakan sebagai penyeimbang rasa apabila kadar garam didalam masakan kek dan roti terlalu banyak. Sayangnya, sweet butter tidak tahan lama dibandingkan dengan salted butter, sehingga ia harus cepat digunakan setelah dibeli.

Light Butter

Yang dimaksud dengan light butter adalah jenisdari churned butted, namun dalam pembuatannya telah ditambahkan air sebanyak 25% sehingga kadar lemak dalam mentega ini jauh lebih rendah. Kerana ia mengandungi kadar air yang cukup banyak, light butter ini sebaiknya disajikan sebagai tambahan saat makan roti atau kek kring saja. Light butter tidak sepadan digunakan untuk memasak atau ditambahkan pada sos karena ia akan cepat meleleh dan menlempah.

Cultured Butter
Cultured butter adalah mentega yangterbuat dari cream susu kemudian dalam proses fermentasinya ditambahkan bakteri (yang hampir mirip dengan bakteri dalam yogurt). Mentega ini usianya jauh lebih lama dari churnedbutter, sehingga dapat disimpan lebih lama apabila tidak langsung digunakan.Ada dua jenis cultured butter, salted dan unsalted yang juga digunakan sesuai selera.

MODERN BUTTER


Dalam perkembangannya, ada beberapa mentega tradisional yang kemudian dikembangkan sesuai dengan sentuhan teknologi dan trend. Yang pada akhirnya memunculkan 4 jenis mentega baru yang cukup populer,yaitu:

Flavoured Butter

Flavoured butter sebenarnya adalah jenis traditional butter yang ditambahkan perasa, seperti bawang putih, rasa pedas,atau bahan2 lainnya. Flavour butter biasanya digunakan sebagai bahan2 untuk menyantap makanan, misalnya jagung bakar, jagung rebus, roti,biskut dan lain sebagainya.

Blended Butter

Blended butter adalah mentega yang biasanya dalam penggunaan dicampur dengan beberapa minyak, seperti canolamisalnya. Karena dicampur, bentuknya macam cair dan biasanya digunakan sebagai lapisan makanan.

Whey Butter

Sedangkan whey butter adalah mentega yang terbuat dari whey. Warnanya jauh lebih kuning dari warna mentega biasanya,aromanya pun jauh lebih cheesy.

Whipped Butter

Whipped butter adalah mentega yang dibuat lebih ringan untuk sajian mentega di meja makan. Mentega ini digunakan untuk lapisan atas roti, pancake, dan lain sebagainya. Mentega ini tidak dibuat untuk bahan dasar memasak atau membuat roti.

Ghee
Ghee adalah mentega yang boleh dibilang cukup langka. Biasanya dijual dalam bentuk cecairan sehingga harus dikemas di dalam toples. Terdiri dari kandungan lemak tinggi, dan susu murninya telah dipisahkan dalam proses pembikinanya agar Ghee boleh bertahan lama, ia harus disimpan di tempat yang dingin atau di dalam peti sejuk. 




JENIS-JENIS TEPUNG

         Assalammuallaikum semuanya,tengah buat ape tu?,tak habis lagi ya buat biskut tu?nape?..pening ya nak bubuh tepung ape dalam adunan tu ya?hheh...tu lah yang ayu juga alami masa ayu mula2 belajar buat biskut dan kek.agak sedih juga kalau biskut yang kita buat keras dan tak rapuh.tapi,alhamdulilah sepanjang usia ayu belum penah lagi ayu gagal buat biskut.cuma kek aje yang ayu masih bnyak perlu pelajari.salah buat kek adunan akan batat.salah buat biskut masih boleh di selamat kan..tu lah ayu paling2 suka buat biskut..kek no2 lah..heheh
         Ok..jom kita intai2 kat bawah ni jenis2 tepung yang selama ini kita tak tahu banyak rupanya jenis2 tepung yang kite boleh buat biskut rapuh,lembut dan gebu..mana lah tahu dengan mempelajari jenis2 tepung ni akan menambahkan ilmu dalam resepi kita..

JENIS-JENIS TEPUNG

1)TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.
Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.

2)TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.

3)TEPUNG BISKUT MARIE

Sejenis tepung ygg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.

4)TEPUNG KANJI KENTANG- ros gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.
setahu saya tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

5)TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.

6)TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kuih ttradisional [kuih apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kuih, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.

7)TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.
Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.

8)TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.

9)TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).
Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.

10)TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.

11)TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

12)TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.

13)TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)

14)TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.

15)TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.
Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.

16)TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).

17)TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.

18)TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan flourcake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.

19)TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung
itu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.

20)TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.

21)TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.

22)TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.

23)TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.

24)TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.


Ok lah..moga dengan serba sedikit maklumat mengenai tepung ini dapat lah kiranya semua sahabat faha
mkan akan jenis2 tepung ini supaya tak keliru bila nak buat biskut nanti..