OAT'S MOCHA COOKIES

Assalammuallaikum dan salam sejahtera buat semua pengikut2 blog.selamat datang ke blog 
JARI JEMARI AYU..
hari ni ayu nak kongsikan 1 lagi resepi biskut raya yang ayu buat sendiri.resepi ni ayu ambil dari resepi simpanan lama ayu sendiri yg ayu buat tiap2 tahunnya.tapi kali ni ayu gubah sedikit adunannya n bentuknya agar nampak menarik n rasa yg lain dri yg ayu buat sebelum ni..jom kite layan resepi ni!!..

OAT'S MOCHA 
Bahan2nya:
500g tepung roses
250g butter/marjerin
2 biji telor merah
1 1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan out's
1/2 cawan badam kisar
2 sudu kecil mocha paste
secukupnya badam cincang
secukupnya coklat masak

Cara2nya:
Pukul butter dan gula kastor hingga kembang.
masukan telor merah dan mocha paster pukul lagi.
masukan pula badam kisar dan oat's gaul sebati.
kemudian masukan pula tepung roses.
uli sehingga jadi duh lembut.
rehatkan seketika selama 20min.
bulatkaan doh sebesar duit 20sen.
susun dalam dulang pembakar.
bakar selama 25min suhu 170'c.
masak coklat secara double boiler.
celupkan biskut kedalam coklat.
kemudian taburkan atasnya sahaja dengan badam cincang.
masukan pula biskut mocha oat's kedalam mangkuk kertas.


so..ni lah hasilnya MOCHA OAT'S yang sudah siap di ngapppppppp..hhe
rasa dan aromanya sukup sedap n anak2 pun sukakannya..ok sahabat?!..
selamat mencuba dan salam ramadan dari ayu..