PUSARA ADAM ADHA AMIRIN

Assalammuallaikum..Ramadhan dan lebaran Aidilfitri akan berlalu pergi,akan berganti Ramadan dan Aidilfitri tahun hadapan seronok dan meriah menyambutnya dengan persiapan raya dan bunyi mercun sana sini..suara alunan lagu menjadi dodoyai irama berkumandang di television dan radio.sekali sekala mulut ini menyanyi mengikut rentak irama di radio dengan lagu raya..tapi apekah hati ini masih tenteram?,apekah hati ini gembira?,apekah dengan senyuman aku bahagia?apekah dengan memakai baju baru aku serokon?
Tidak,semua tu aku pendam kerana yang lebih bermakna dan bererti adalah ingatan ku tak penah putus buat buat Arwah anak ku yang bongsu
ADAM ADHA AMIRIN


sehingga kehari ini dan smpi aku pergi akan aku ingat an tak akan lupa akan arwah anak ku ini...
selama 2 minggu kamu hidup di muka bumi ini ini umi berasa bangka kerana kamu tabah dalam mengharungi detik2 ajal menjelma.tampa tangis mu,tampa,senyuman mu,tampa kamu dalam dakapan umi..
Maafkan Umi wahai anak ku, kerana kita hanya bertemu hanya seketika cuma..
Insaalh,satu hari nanti kita akan di pertemukan,itu harapan umi.
INSAALH..
AL-FATIHA..aminnn...


ADAM ADHA BIN AMIRIN
Lahir 8hb 11 2011
hingga: 19hb 11 2011

AL-FATIHAH

Al Quran dan Terjemahan


Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

KERUTUK AYAM TUA KAMPUNG

assalammualalikum semua sahabat ayu..sihat hendaknya ya..ceria2 selalu ok ..cutikan hari minggu mcm ni..masing2 pergi open house hari minggu macam ni kan?ok lah ayu dah siap masak ni nak open2 sikit housenya..heheh..jom le join sama!!..
Hari ni ayu teringin nak masak KERUTUK AYAM..resepi ni hubby suka sangat2.al maklum le ni kan masakan orang kelantan so hubby pun orang sana tu le hubby suka makan ayam atau daging kerutuk ni..
Masakan ni agak2 peda sikit n manis2 sikit..selalu orang2 buat manis sangat tapi ayu buat kurangkan manis..tak mo sakit2..tau..BAHAYA..ape kata kita kurangkn gula dalam masakan..ok tak??setttttttt!!...
jom layan kejap resepi kat bawah ni ok..

KERUTUK AYAM TUA KAMPUNG
Bahan2nya:
1 ekor ayam di potong 12 direbus empuk dan air rebusan jangan di buang
50g serbuk Kerutuk Adabi
1 cawan minyak masak
1/2 cawan kerisik buatan sendiri
200ml santan kotak
2 cawan air rebusan ayam(angaran ikut kepekatan kuah)
2 sudu makan penuh gula merah
sedikit garam/perasa
1 kiub ayam
1 batang serai ketuk
1 helai daun kunyit di siat
1/2 sudu makan pati asam jawa

Bahan2 penumis:
1 batang kayu manis
5 biji pelaga
2 kuntuk bunga lawang
5 buiji cengkih
2 biji bawang besar hiris

Bahan2 kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik bau
Masukan pula bahan2 kisar dan masak sehingga pecah minyak
Masukan pula serbuk kerutuk kacau sebati
Masukan pula ayam dan kacau sebati.
Masukan pula santan dan air kacau2 sehingga sebati masukan pati asam jawa,gula merah,garam,kiub,kerisih,serai dan daun kunyit kacau lagi sehingga kuah bear2 pekat dan sebati


siappppp!!...simple aje kerutuk ayam ni sebab bahan2 deko x letak..huhuhu
tak pe tak letak sebab masuk perut semua hilang..heheh
selamat mencuba....




NASI HUJAN PANAS

Assalammuallaikum semua sahabat blogger?moga sihat ya hari ni..hari ni kat luar umah ayu cuaca agak mendung n sejuk pagi2 ni.kalua boleh nak tidur berjam2 tapi apekn daya,tugas kita sebagai wanita kene uruskan juga.kalau tak uruskan semua siapa nak buat lagi??hehehe,faham2 aje lah kan kita WANITA...
oooopppp..lupa nak ucapkan kat semua blogger...
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA smileeeeeeee...
Pagi ni sejuk2 perut pun sejuk juga (LAPAR) ni..hehee,ape lg nak buat ya.kejap lagi dah masuk ke tengah hari ni..kene fikir nak masak ape hari ni..dah hari sejuk2 ni dan cuaca agak mendung ayu nak doublekan cuaca hari ni supaya tak le mendung selalu..tapi bukan ayu nak putarkan masa tau atau nak terbalikkan bumi ni!!,tak mungkinnnnnnnnnnnnn..heheh.tapi ayu nak buat nasi??
laaa..nasi ape ya??NASI HUJAN PANAS..aaaaa,tu le ayu nak double kan cuaca hari ni untuk isi perut..hahah
jom layan resepi ok n tengok posting ya?!!..layannnnnnn!!!...

NASI HUJAN PANAS 
Bahan2nya:
4 cawan beras Faiza Basmathi-cuci sekali dan rendam dengan sedikit cuka selama 20min
3 cawan air
1 cawan susu cair 
11/2 kiub ayam
2 helai daun pandan simpul
1 sudu makan penuh sup pekat ayam kimbool
1 sudu makan penuh pati tomato kimbool
2 sudu makan minyak sapi
1/4 cawan minyak jagung
sedikit garam
3 pewarna pilihan
 3 sudu makan kismis
sedikit biji gajus/badam atau bawang goreng -hiasan

Bahan2 penumis:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji pelaga
6 biji cengkih
sedikit jintan campur

Bahan2 kisar:
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara2nya:
Panaskan minyak jagung dan minyak sapi kedalam periuk RiceCooker.
Masukan semua bahan2 penumis dan tumis sehingga naik bau.
Masukan pula bahan2 kisar kacau sehingga pecah minyak
Masukan kiub,garam,sup ayam,pati tomato,susu,kismis dan daun pandan kacau2 sehingga naik bau
Masukan pula bersa dan kacau sehingga rata masukan pula air kacau sekejap tutup api.
Kemudian masukan kedalam RiceCooker masak sehingga nasi menjadi lerai(jangan di biar kene kerap kacau)
Buka penutup dan ambil sudu kecil dan celupkan kedalam pewarna kemudian cucukan kenasi sampai kedalamnya.ulang proses mewarna sehingga keinginan anda lihat pewarna nasi agak menarik.ayu buat sikit aje warnanya nak cepat..heheh
Jangan kacau dulu ya.tutup sekejap periuknya dalam 3 min boleh di kacau supaya pewarna melekat kat nasi.


Ni lah hasilnya NASI HUJAN PANAS yang ayu buat...lupa le nak bubuh deconya terus ambil gambar..huhuhu..apepun tetap sedap dan selera..kejap dah selesai masuk perut..hehehe
Jommm!!!11..makan....




Selamat mencuba dan selamat hari raya aidilfitri dari ayu sekeluarga
buat semua sahabat blogger..