HALWA ROSELLE

Assalammuallaikum...jom sambung kisah roselle ya..tadi ada ayu cita cara2 buat JUS ROSELLE kan?
ni ayu nak tanya kalau2 ada yang buat Jus tu jangan2 di buang isi roselle yang di guna buat jus tadi ya..
isi roselle dari dalam periuk yang siap di buat jus tadi you all ambil isi roselle tadi dimasukan kedalam dulang kemudian you all jemur sampai separuh kering untuk buat halwa..sedap tau kalau makan halwa roselle..
Ayu cakap sedap sebab ayu dah buat tu le ayu mai kat sini untuk kongsi bersama dengan semua sahabat
agar buah roselle yang siap di buat jus tak di buang macam tu aje..membazirkan??
Ingat.......masa nak buat jus tu biji roselle tu kene buang dan ambil saja bunganya sahaja tu le yang sedap..


Ni dia roselle yang dari dalam jus tadi ayu masukan dalam dulang nak jemur selama separuh kering.
tak perlu letak ape2 sebab dah manis dri perapan pati jus tadi.memang dah manis.tapi kalau 2 rasanya tak cukup manis oada tekak you all.bolehleh di taburkan lagi sedikit gula.


Tengok betul2....ni lah hasil roselle yang siap ayu jemur selama 7 hari tu pun cuaca tak seberapa elok..
tapi kira ok dh ni sebab rasanya dh cukup sesuai dengan tekak ayu sekeluarga.
cuba2 ya sahabat lepas ni boleh buat halwa roselle.







JUS ROSELLE

Assalammualalikum....ayu ni asyik kasi menu makan aje kan??yaaaa...ayu stopkan dulu
resepi makan2 ya..ni ayu nak share knan mene air yang ayu buat sendiri dengan cara yang mudah dan senang untuk sambut raya ni.ayu buat 1 periuk besar sebenarnya tapi ayu hanya abil 3 botol sahaja sebab terlalu banyak sangat.yang selebihnya ayu sedekahkan kat jiran2.
ok lah ni ayu kasi resepi ringkas jus ni ya mana lah tahu kalau2 ada yang nak folowwwwww....

JUS ROSELLE

bahan2nya
1/2 baldi buah ROSELLE
10kg gula pasir
20 helai daun pandan simpul

Cara2nya:
masukan semua bahan2 di atas dan masak sehingga rosell tu benar2 kembang dan jus menjadi merah 
menyala serta gula larut
mudahkan??jom kita tengok hasilnya..


ni Air ROSELLE yang dah siap bancuh..memg sedap dan kaya dengan hasil omega 3..baik untuk kesihatan anak2.baik juga dengan kita yang nak diet,darah tinggi,kencing manis serta mcm2 lagi baik dari ROSELLE.
weiiiii,ada yang marah ya?heeh..tadi tu air roselle yang sudah siap bancuh ya??heheh
jom tengok posting kat bawah ni pula JUS sebenar ROSELLE yang siap ayu buat..


Ni jusnya..ayu postingkan 2 botol aje ya buat demo..heheh..sebenarnya 3 botol..
memg sedap n rasanya sedap lahhh..mai jemput datang kerumah kalau rasa tekak ntu nak minum air roselle dri  jari jemari ayu ni...
SELAMAT HARI RAYA SEMUA...


AYAM MERAH KISMIS

Assalammuallaikum semua..jom2 kita sambung lagi resepi untuk hari iftar.ayu kene buat hari ni juga untuk menu lebaran raya ni cecepat yang boleh sebab hari2 beri kutnya takut tak sempat.ni pun ada masa kejap2 jae sebab tadi baru aje tamu balik tu le boleh masuk blogger ni.sat lg petang ada tamu lagi jadi masak2 tuk jamu tetamu sudah pun siap tapi resepinya nanti2 ya..ayu nak  buat resepi yang lepas2 yang mana ayu benar2 tak sempat nak salin..huhuh..jom layan sat resepi kat bawah ni..resepi yg sukup ringkas dan sedap juga.....hehehe

AYAM MERAH KISMIS

Bahan2 Ayam untuk digoreng tidak garing:
2 ekor ayam di potong 12 setiap seekor
1 sudu makan serbuk kunyit 
sedikit garam
minyak secukupnya

Bahan2 penumis:
2 batang kayu manis
8 biji pelaga
3 kuntum bunga lawang
6 biji cengkih
2 hiris asam keping

Bahan2 kisar:
20 biji cili kering potong remdam dengan air panas
6 biji bawang besar merah
1 labu bawang putih
2 inci halis
3sudu makan kismis
1 inci lengkuas

Bahan2 samping:
4 biji tomato potong 4 setiap sebiji
4 helai daun pandan di simpul
4 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos cili
1 susu makan pati asam jawa
garam secukupnya
gula sesedap rasa

Cara2nya:
Goreng dulu ayam jangan garing2 ya...ketepikan
Panaskan 2 cawan minyak masak dan tumiskan bahan2 penumis sehingga naik bau
Masukan semua bahan2 kisar dan masak hingga minyak terbit
Masukan pula semua bahan2 sampingan kacau sebati
kemudian tuangkan kuahnya atas ayam tadi..


siap dah ayam merah kismis ku..resepi ni anak2 memang suka dan makan sambil menjilat jari lah.hehe
memg nampak gambar tak menarikkan?tapi rasanya cukup sedap..
ok lah,nanti ayu nak sambung lagi dengan resepi2 untuk samtapan hari raya yang lain ok..
SELAMAT HARI RAYA....




AYAM SOS TIRAM

Assalammuallaikum...jom2 layan resepi AYAM SOS TIRAM kat 
bawah ni.ayu huat ringkas2 aje sebab dh penat dan tak tahu nak masak ape sebenarnya ayam ni.so terjumpa resepi ni kat blog tu le buat ayam masak sos tiram ni..
Rasanya ok2 aje nan sedap leeeee weiiii...heheh
Klu tak sedap tak akan ayu nak masukan kat dalam blogger ni kan betul tak? sebab sedap le ayu masukan kedalam blogger ni..jom layan resepi nya ya.dapat juga buat tatapan kalau nak masak lagi lepas ni..

AYAM SOS TIRAM

Bahan2nya:
2 ekor ayam di potong 12 setiap seekor
4 biji kentang di potong 6 setiap sebiji
4 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos tomato
2 sudu makan serbuk kunyit
4 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
5 sudu makan cilis mesin
2 cm halia*
 3 batang serai ketuk4 sudu besar serbuk kari di gaul dengan sedikit air menjadi pes pekat
secukupnya garam dan perasa

Cara2nya:
Mesein semua bahan2 yang bertanda *
Taburkan garam dan serbuk kunyit pada ayam dan goreng seketika jangan sampai garing
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serbuk kasi hingga terbit minyak
Masukan serai dan ayam kacau hingga kuah rata sebati
Masukan pula sos tiram dan sos tomato,garam,perasa dan bubuh pula sedikit air
Biarkan mendidih sehingga kuah pekat
siappppp....


                                                                                    
Ni lah hasilnya AYAM SOS TIRAM..menu yang ringkas untuk iftar .
Rasanya memg sedap serta aromanya cukup menyelerakan..
selamat mencuba juga selamat hari raya maaf zahir batin...
RAYA RAYA RAYA....hehehe

RENDANG DAGING BERKANTAN

Assalammuallaikum..masih dalam mood raya kan ni?..Jom2 ikut Ayu ke intai2 menu seterusnya dari ayu.
Kali ni menu daging dulu ya..selalu ayu buat resepi kari daging,kicap daging...weiii,,,menu raya ke tu..hehhe...maaf lah ayu melalut aje tadi..ok ok..Resepi ni ayu ambil dari blog MAGGI.
memg teruja nama resepi ni sebab tu ayu folooow aje resepi ni untuk juadah raya ni..
jom intai2 resepi ya?..

RENDANG DAGING BERKANTAN

Bahan2nya:
500g daging di hiris nipis
3 sudu makan minyak jagung
100ml santan pekat
3 cawan air

Bahan2 Kisar A:
100g bawang besar
30g bawang putih
50g halia
3 batang serai
1 cm lengkuas
100ml air

Bahan2 B:
1 bungkus tumis rendang maggi
1 bunga kantan di hiris
1 helai daun kunyit di hiris
4 helai daun limau purut
2 sudu besar ketumbar
2 sudu makan gula
sedikit garam
1 sudu makan kerisik

Cara2nya:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 A sehingga kekuningan
Masukan daging dan gaul mesra
Masukan pula air dan masak sehingga renek selama 30min
Masukan ke semua bahan2 B dan santan pekat dan tunggu sehingga daging empuk..


Ni lah hasilnya Rendang Daging Berkantan..siappppp......tak sabar nak makan.
tapi tak sempat nak makan pun sebab ramai tetamu dh selesai..huhuhu
apepun ok juga habis tak membazirkan?..
jom ke resepi yang lain pula pas ni..
SELAMAT HARI RAYA...




NASI IMPIT KUAH KACANG

Assalammuallaikummmmmmmm!!!!!.....Selamat Hari Raya semua..........................
alhamdulilah sihat2 hendaknya hari ni dari ayu n sahabat semua bagai mana ya?..
moga sahabat juga sihat2 walafiat hendaknya..aminnnnnnnnnnn..
Terasa dalam bulan raya ni ayu tak kesempatan nak on line.nak buka FB pun tak sempat ape tah lagi nak masuk ke sini(blogger) sebab ramai tetamu yg hadir brkunjung kerumah..tak menang tangan kita di buat nya..alhamdulilah hari ni ada masa sikit nak masuk sini sebab pg2 mcm ni dan di hari raya ke5 ni semua umat ramai yg dh mula berkerja dan ramai pula yg menanti nak buat kira2 untuk open house pula..
Tahaun ni sedih juga tak balik kampung sebab hubby banyak tugas nak kene siapkn n lepas seminggu raya hubby dah nak ke sabah ada tugas di sana.Jadi kene lah ayu mengalah tuk beraya di kediaman ayu sendiri di ULUYAM BAHARU SELANGOR.
Ingatkan ayu malas nak masak sebab raya kat kediaman sendiri biasa2nya senyi sepi dan takda orang jadi ayu masak le mana yg patut sahaja untuk makan anak beranak sahaja..Tapi hati dan perasaan mula tak sedap sebab tarasa macam raya ni ramai yang akan berkunjung kerumah.Jadi ayu pun masak lah lebih2 sikit takut nanti lain jadinya...oooooohhhhhh,ape lagi,cadang2 nak pergi menziarahi kubur arwah baby ayu yg bongsu di tanguh kan jamnya sebab dah ada kunjungngan dri sahabat hubby 2 family.adoiiiii..tak menang tangan di buatnya..kemudian dlm 15min ada lg 1 family datang...jadi kabut2 lah sikit kat rumah tu di pagi raya..dalam senda gurau tu ada pula lah yang tanya resepi daging dan ayam ayu..ayu tak sempaptnak berikanresepinya sebab ayu benar2 sibuk pada masa tu..huhuhu...jangan marahya Kak Norshida..nanti le mai kat blog ayu ni ayu kasi tulis resepinya..
Tapi resepi ayu ni biasa2 aje tak ada yang istimewanya sebab ayu main campak2 aje kat dalam kuali ni...huhuhu
Ok lah,tuk pagi raya juadah untuk tetamu kene buat sebab tu sedekah kita buat sahabat handai di Hari Raya.
jom layan2 mata kejap tengok resepi tuk sambut raya?


Ni semua dah tahu kan NASI IMPIT..beli aje ni nasi impit ni ayu gunakan ketupat mini jenama Kenduri Mas.
Isi dalamnya ada 30 biji nan  cara rebusnya macam biasa sahaja ayu buat taruk sedikit garam dan 3 helai dau n pandan..Ringkaskan??mudah aje.klu nak buat sendiri amat rumit sikit dan lambat.
Dulu ayu buat sendiri aje nasi impit.Ayu gunakan beras cap Rambutan dan tanak nasi macam biasa masukan daun pandai ikut wangi dan garam sedikit.Bentangkan kain putih dan bila nasi masak tuangkan nasi kedalam kain putih dan lipatkan kain tu dan impit dengan batu lesung atau batu blog selama semalaman siapppppppp....tapi hari ni guna lah nasi impit mini ni...sedap juga nasi mini ni....


ooopppp...jangan lupa kuah kacang tau...kat atas ni le kuag kacang yang ayu buat sendiri..rasanya sedap tak ni??hehehe dah buat sendiri kene cakap sedap le jugak kan..kalau tak siapa lg nak puji ni..heheheh..tapi ok2 aje rasanya sebab ayu buat kuah kacang ni ayu gunakan resepi Haji Samari..
ouitttt...tak kenal ke Hj.Samuri...ishhhhishhhishhh,ada yang tak kenal ya..ia ada lah penjual sayat terkenal di seluruh Malaysia.Sataynya cukup sedap berserta kuah kacangnya..tak pecaya boleh lah pi kemana2 cawangan terdekat Hj Samuri..memg sedap dan lazat satay dan kuah kacangnya...resepi dari Hj Samauri juga ada di blog ni...IRESEPI...jom layan resepinya kat bawah ni ok..

KUAH SATAY SAMURI

Bahan2nya:

Untuk kuah Satay Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat kuah

1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
4. Didihkan campuran tadi.
5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala


Apepun memg sedap dan tak rugi mencuba hasil dan resepi dari HJ SAMURI ni...Terima Kasih tuan punya resepi sedap kuah kacangnya.walau pun ringkas tapi ada ummmm....
ok semaunya..nantikan resepi lain dari ayu buat aidilfitri.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir batin..


weiiii...lemang pun boleh juga ya di makan dengan kuah kacang ni...janagan lupaaaa...heheheh