IKAN KELI LEMAK CILI API

Assalammuallaikum dan selamat tengahari sahabat semua..dah makan tengahari ke belum?..masak apa hari ni?..kita ni asyik masak aje kan dh naik jemu dok dapor..x athu nak masak apa..korek peti sejuk ada lah terpandang ikan keli..so nak masak apa yg dengan ikan keli ni?/jom layan menu kat bawah ni...

~IKAN KELI LEMAK CILI API~
bahan2nya:
2 ekor ikan keli -basuh dengan asam jawa
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai ketuk
3 bijin bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sehelai daun kunyit
1 biji tomato -potong 6
4 batang bendy 
15 biji cili api-ditumbuk
2 cm kunyit hidup-ditumbuk
4 helai daun limau purut.
sedikit garam
200ml santan
1 1/2 cawan air

cara2nya:
panaskan minyak dan masukan bahan2 tumbuk gaul sehingga naik bau.masukan pula ikan kacau sekejap dan masukan santan ,tomato,serai,daun kunyit,daun limau,bendy,dan serai.kacau sebati.
masukan pula air dan garam
tunggu sehingga mendidih..siap


ni lah hasilnya...nampak sedap kan??memg sedap dan ni lah lauk kegemaran ku
dari dulu kini dan selamanya..


ooppp..yang ni pun ada rebus kerang dan cecak kuah kicap sahaja..memg sedap untuk diratah-ratah aje ni..heee..kuah cicahnya ayu buat simple aje.jom layan resepi kuah cicahnya..

bahan2nya:
1 biji bawang merah potong dadu
 1 biji lada merah hiiris
5 sudu makan kicap manis
6 biji cili api hiris
2 s/ jus limau nipis..
sedikit gula

Cara2nya:
satukan semua bahan2 dan gaul sebati..siap

~SELAMAT MENCUBA~

BISKUT OREN RANGGUP

Assalammualliukum dan salam sejahtera buat semua.semalam petang buat biskut..tapi bukan untuk raya tau!!.buat untuk suka suki makan aje.memang laku dan sedap biskut ni.resepi ni ayu ambil dari blogger.tak rugi mencuba sebab emeg rangup.belum sempat sejuk anak dah ngapppp dulu biskutnya..jadi tak sempat lah nak simpan atau pun nak kira biskutnya...apapun jom kita layan resepi biskut ni..

~BISKUT OREN RANGGUP~
bahan2 A:
250g butter
130g gula kastor
1 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan pewarna oren
2 sudu makan oren sunquick
coklat chip secukupnya-hiasan

bahan2 B diayak:
300g tepung gandum
50g tepung naik sendiri
50g tepung jagung
50g tepung kastard

Cara2nya:
pukul semua bahan2 A kecuali coklat chip sehingga kembang dan sebati.
kemudian masukan pula bahan2 B dan gaul sehingga menjadi doh lembut seperti gambar di bawah ini.


kemudian ayu gunakan acuan tekan yg macam gambar di bawah ni..mudah,cepat dan senang..


ambil dulang dan tekan lah aduan tadi hingga berbentuk macam gambar dibawah ni..


senang kan?/..ia mudah n cepat.


siap menekan bubuh kan pula atasnya coklat chip diatasnya...cantik tak???heheh
jom kita bakar pula sehingga masak dalam angaran 20min suhu 170'c..


yessssssssss...ni lah hasilnya sesudah dibakar...yamyamyammmm..memg sedap n ranggup...
boleh lah raya buat biskut oren ni....kira puas hati lah dengan hasil biskut ni..suka sangat..heheh

~SELAMAT MENCUBA~


AYAM GORENG REMPAH vs Ayu

Assalammuallaikum..ayu,hubby dan anak-anak memang gemar makan ayam goreng.anak-anak yang kecil 2 dari bawah pula suka berebut2 makan ayam bahagian drumstik.kat peti sejuk pasti dah redy beli ayam drumstik buat mereka berdua.sahabat yang dekat-dekat rumah dah pun mengelarkan anak-anak ayu
UPIN &IPIN..hehe dasyatttttttt...dulau selalu goreng ayam pasti taruk kuntit dan darm sahaja.tapi masih sedap lah walau pun simplerasa aysam goreng tu.tapi kali ni ayu ubah sikit tang bubuh2 rencah ayam goreng tu biar nampak gempak dan terlior sikit bila makan nya.jom kat bawah ni layan resepi

AYAM GORENG REMPAH vs Ayu
Bahan2nya:
1 ekor ayam potong 8
20 biji cili api di mesin
3 biji bawang besar dimesin
3 ulas bawang putih dimesin
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan tepung jagung
3 tangkai daun kari
minyak secukupnya untuk mengoreng

cara2nya:
masukan ayam dalam mangkuk besar.
kemudian masukan bahan2 mesin,lada sulah dan garam  gaul sebati.
perap ayam selama 30min.
kemudian masukan pula rempah kari dan tepung jagung gaul bersama sehingga sebati.
perap selama 20min.
panaskan minyak dan bila minyak dah panas masukan daun kari kedalam minyak tadi.
goreng lah ayam sehingga garing dengan api yang sederhana.


taraaaaaaaaaaaaa..ni lah ayamnya yang siap di goreng...yamyamyammmm...
memg lembut ayam ni dan baunya cukup harum..walahhhhhhhh!!!..hehe

~SELAMAT MENCUBA~