TAT KURMA BERCAPPUCINO

Assalammuallikum semua...ada lagi resepi baru ni dari ayu..tak tahu lah ape yang baru tu tapi yang pastinya ayu buat sendiri dan di gubar2 menjadi 1 resepi yang rasanya lain dari yang lain.tu lah ayu katakan baru..heheh..ok lah kali ni ayu nak tunjukan resepi dan gambar yang ayu gubah sendiri aduanya menjadi biskut yang sedap rasanya serta aroma yang menusuk hidung..tak percaya??..jom kite jenguk2 resepi kat bawah ni ok??..

TAT KURMA BERCAPPUCINO
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
sedikit esen vanilla
1 sudu makan cuppucini emulco
secukupnya buah kurma dibuang biji dan di belah 2 sekiranya kurma tu memanjang
sedikit pewarna unggu
sedikit pewarna hijau

Cara2nya:
Pukul butter dan telor sehingga kembang.
Masukan pula potassium sorbate,esen vanilla dan cuppucino emulco dan pukul sebati.
masukan pula tepung pineapple dan adun sehingga menjadi doh lembut.
masukan pula pewarna unggu dan uli sebati.
kemudian masukan pula pewarna hijau uli lagi sehingga adunan menjadi warna hijau lumut.
ambil sedikit adunan dan bentukan menjadi tat roll.
masukkan kurma dan rollkan.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30min suhu 170'c.


so ni lah rupanya tat kurma cappucino yang belum di bakar lagi..


ok..yg ni sudah siap di bakar..rasa dan aromanya cukup2 sedap dan harum.
pada yang mencuba tak akan rasa menyesal sebb ayu buat ni semestinya terbaik buat kawan2 semua..
pada yang nak mencuba selamat mencuba dan salam ramadan dari nur buat semua sahabat..









TAT ROSELLE

Assalammuallaikum...ada lagi resepi biskut yang ayu buat 2 hari lepas.biskut ni agak tak menarik sebab baru2 mencuba membentukannya..huhu tapi layan aje lah asalkan jimat dan sedap.yang penting cepat siap..huhu..penat weiiiiiii!! mengadap dapur ni.di tambahkan pula hari2 yang makin panas menbahang..huhu..jom layan le ressepi yang mudah dan jimat..ape yag jimay tu ya??heeh..jom!!

TAT ROSELLE
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
1 1/2 sudu makan strawberry emulco
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau
Jem ROSELLE secukupnya

Cara2nya:
Pukul butter dengan telor hingga kembang.
Masukan esen vanilla,strawberry emulco,potassium sorbate dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukan pula tepung Pineapple dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
ambil sedikit adunan dan bubuh pewarna hijau sedikit uli sehingga sebati.
baki adunan semua tu di bubuh dengan pewarna kuning dan uli lagi sehingga warna menjadi sebati.
ambil sedikit doh dan bulat2kan tekankan tengah2 adunan dan masukan sedikit jem ROSELLE kedalamnya.
bentukan nya dengan mengunakan gunting lipat.jadikan bentuk seperti strawberry dan ambil doh berwarna hijau dan bentukkan daun dan lekatkan atasnya dengan secara menekan sedikit.nak buat bentuk daun gunakan acuan Daisy?Marguerite.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25min suhu 170'c..


ni lah hasilnya sebelum bakar.agak huduh sikit le sebb terketar2 nak menguntingnya..heheh..


yang ni lah hasilnya selepas di bakar...ok tak ya??heheh..ok lah kot sebb sedap..heheh...
apepun kalau nak beli bahan2 pineapple pastri beli lah di kedai bahan2 membuat kek dan biskut.macam2 ada di sana..ok lah selamat mencuba semuanya ok...

Salam Ramadan..






JEM ROSELLE

Assalammuallaikum....jom layan jem?!!..hemmm jem aje le ayu ni kan.hari tu dah buat jem nenas,ni tak akn lah nak kasi tunjuk jem nenas lagikan,.boring lahhhhh?/heheh.Laaaaaaaaaaa...heheh,mana ade jem nenas,ayu nak share kat sahabat semua pasal jem ROSELLE.penah makan tak jem ROSELLE??mungkin ada yang penah makan dan ada yang tak penah makan langsungkan?..Roselle ni habby tanam sendiri dekat tanah sekangkang kera sebelah umah.tanam pun tak banyak hanya 12 pokok dan lepas 3 bulan bolehlah dapatkan hasil dari buah roselle..


yang ni bunga Roselle yang baru hidup selama 2 bulan.nak tengok buahnya ke??jomm!!!..


heaaaaa..ni lah buah ROSELLE tadi selepas 3 atau 4 bulan dah pun mengeluarkan hasilnya.
buahnya merah semerahnya macam darah lembu..buah ni memang masam..ishhss..masam2 buah ni ada khasiatnya.ia baik untuk mengubati kencing manis ,darah tinggi,awet muda n macam2 lagi lah..omega 3nya cukup bagus untuk kanak2..tak percaya ce baca dalam blog..
ok lah jom kita layan pula resepi jem ROSELLE yang ringkas dan tahan lama.

JEM ROSELLE
Bahan2nya:
30 kuntum buah ROSELLE
1kilo gula
sedikit garam

Cara2nya:
Blends buah ROSELLE sehingga hancur.
Masukan kedalam kuali dan buka api sederhana.
masukan siap2 garam dan gula.
Masak sehingga ROSELLE mejadi lekat dan likat selama 1 j1m 1/2..


yang ni jem ROSELLE yang belum cukup masak atas kuali...


taraaaa!!..siap dah jem ROSELE yang cukup manis2 masam pekat dan likat..
warnanya pun cukup cantik..so ape lagi!!..jom lah try jem ni..memg sedap dan banyak khasiatnya..
selamat mencuba ok!!..




HONEY CORNFLAKE COOKIES

Assalammuallaikum semua dan selamat pagi..sihat hendaknya pada semua sahabat ayu ok...apepun penat kene teruskan jua tugas seharian kite tak kira ape tugas kita.kerana tugassan yang kita lakukan itu ada lah satu rahmat dari yang esa..So,hari ni ayu nak kongsi kan bersama 1 lagi resepi kesukaan anak2 semua tak kira yang kecil,tua dan muda.semua suka biskut ni..tak percaya??
jom layan resepi biskut ni...

HONEY CORNFLAKE 
Bahan2nya:
140g marjerin dicairkan
180g madu asli
100g badam cincang dibakar 5min
280g emping jagung
150g buah campuran
1 sudu makan gula ising
mangkuk kertas secukupnya

Cara2nya:
Ambil mangkuk besar dan masukan badam cincang,emping jagung,
buah campuran san taburian gula aising,madu dan marjerin.
Kacau sebati kesemuanya dan ambil sudu dan masukan 
adunan kedalam mangkuk kertas susun dalam dulang pembakar
bakar selama 10min suhu 170'c sehingga warna bertukar keperangan..
sejukan dulu kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


yang ni belum di bakar lagi ya?/..


ni lah hasilnya selepas dibakar..sungguh sedap dan rangup...
selamat mencuba dan Salam Ramadan dari ayu buat semua...





SWEET CUSTARD COOKIES

Assalammuallaikum dan selamat pagi semua teman2 ku,moga hari baik bulan baik ini kite akan mendapat keberkatan dari yang esa.semoga jua kita juga bersemangat dalam bulan puasa ni sebab banyak tugas yang menanti kite untuk sambut lebaran..yang pastinya tiap2 tahun raya yg harus kite sibuk2 kan di dapur apa ya?? fikir fikir fikir!!!!...dapat tak jawapannya??....yuppppppp,ape lagi biskut raya lah kan?? kene buat juga,klu beli mak aiiiiiiiiiiiiii!!!..mahal tuk biskut raya tahun ni??klu ada anak seorang dua ok lagi,kalau yang anaknya berderet2 tu macam mana ya??huhu kene lah buat sebab hasil membuat puas hati dan dapat buat dengan kuantity yang banyak..anak2 pun dapat lah makan puas2..raya nanti..tapi belum sempat raya anak2 dah kebas dulu sekutnya..hehehehe...
ok lah kat sini ayu nak kongsikan bersama2 sababat semua satu resepi biskut yang menjimatkan modal,..tahun ni kene jimat2 lah sebb lepas raya nak buat pula prsiapan raya haji lepas tu pesiapan anak2 sekolah pula..Betul tak?? Apepun jimat cermat tu penting..yang pastinya biskut tu sedap lah walau pun kos duitnya ciput..heheh
jom layan resepi ni kat bawah ni..

BISKUT SWEET CUSTARD
Bahan2nya:
250g butter/marjerin
50g gula aising
1 biji kuning telor
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning~ikut suka nak warna apa
300g tepung kastard
50g tepung jagung
40g Deco Cookies

Cara2nya:
Pukul butter sama gula aising hingga kembang
Masukan pula telor,esen vanila dan pewarna dan pukul lagi
Maukan pula tepung kastard dan tepung jagung gaul sebati hingga
menjadi doh yang lembut
Pam kan pada dulang pembakar dan letakan deco cookies diatasnya
Bakar selama 20min suhu 170c sehingga masak kekuninggan..


yang ni biskut yang belum di bakar..sungguh comei2 le biskut ni sebb nak jimat..hehehe


taraaaaaaaaaaaaaa!!!!..sudah siap di bakar..walahhh memg sedap lembut n gebu..


deco cookies yang berbeza2 jaji menarik n sedap..hehehe..kalau tak percaya sedap cuba lah buat sendiri.pasti sahabat semua terpesona dengan rasanya..ok sahabat?,cuba jangan tak cuba..
salam ramadan...