SUKANIKA TAHUNAN 2012 SRKUYB

Assalammuallaikum..Hari ni jam 7am ayu dah keluar rumah untuk pergi keacara sukan nika anak ayu yang no3 MUHAMMAD RIFQI NURHAN yang bersekolah di PRA SEKOLAH ULUYAM BARU.
activiti sukan yang diambil ada lah acara lari 100 miter.amboiiiiiiii bio betu pra boleh lari 100 miter..ishhishhishh..penat juga tu kalau nak lari 100 miter.tapi caya lahhhhhh!! ank ayu lari dapat tempat pertama...kira ok lah tu.terkejut beruk juga ayu bila tengok dia lari dan tiba2 menang aje..heheheh..caya lah anak umi...bangga tu maknya tengok anak nya dapat tempat pertama...  
tahniah anak umi kerana menjulang nama mu di sekolah PRA..
ok lah jom tonton video kat bawah ni.....


so ni lah nak mulakn acara perarakan berkumpulan setiap warna rumah.senyum aje semuanya..heheh


macam kita dulu-dulukan setiap rumah sama je warnanya..Merah,Biru,Kuning dan Hijaukan?
tapi masa kita sekolah dulu x lah ramai setiap 1 rumah.tapi sekarang!!alamakkk!!..ramai betul yang masuk acara dan rasanya acara pun macam2 ada yg bagusnya ada bunga manggak,terasa istimewa lah sukannya..aaaaa tu ce tengok betul2 yang lass ni lah anak2 PRA SEKOLAH..semangat tu nak sukan ni sampai demam pun sanggup lagi nak masuk acara...


dah selesai dah perarakannya...kejap lagi yg cikgu2 besar akan buat pengumuman
dan yang paling best ada lh tempak pistul untuk memulakan acara sukan....kita dulu hanya tiup visel aje..heehh...


video ni menunjukan aksi anak2 PRA SKUYB..semua mencuka aje sebab belum pernah kot tengok orang seramai ini di sekolah.jadi mereka merasa pelik aje..mak2 masin2 sibuk aje paksa ank2 lari laju..ayu pun sama lah paksa anak lari laju..hehehe..



so..jom lah kita tengok acara-acara dalam vidoe ni..nak terangkan dah tak boleh sebb lupa apa yg ada dalam video ni.sukan nya mula 1/7/2012 tapi hari ni baru ayu nak posting kat blog ni...


macam-macam acara dah bermula dan apa lag anak ayu menang lah lari 100miter dapat tempat pertama.pelik2 sebab selama hari ni belum pernah tengok anak lari sejauh itu.kat rumah pun jarang2 main diluar dan kalau main pun hanya tunggang basikal aje..


ya akhir ni lah acara ambil hadiah...tu yang tengah tu no.1anak ayu lah tu..
MUHAMMAD RIFQI NURHAN
PRA SEKOLAH ULUYAM BARU
dapat lah hadiah tapawere dan dalamnya berisikan coklat..hehe...jadi lah dari tak ada tu.sukan ni pun untuk anak2 berhibur dan doakan jua agar 1 hari nanti akan jadi atlit negara...insaallah..

SIAKAP SEMANIS AYU

Assalammuallaikum..aaaa  pelikkan nama resepi ni..serupa macam sweet sour kan tapi ayu dah ubah dalam masakan ni jadi nama resepinya pun kene ubah jua..untuk memeriahkan ikan ni..heheh
jom layan resepi ni..........

~SIAKAP SEMANIS AYU~
Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana besar
sedikikit garam dilumurkan pada ikan siakap
sedikit tepung magik yang kini laris dipasaran
sedikit kunyit lumur pada ikan siakap
minyak mengoreng secukupnya
~kemudian goreng lah ikan siakap sehingga garing atas api sederhana.



selepas di goreng ni lah hasilnya ikan siakap tadi.
laaa kesian ikan ni tak ada selimut..heheh..jom kita layan resepi kuah ikan siakap ni.
dapat lah ikan siakp ni pakai selimut semula..heheh

Bahan2nya:
1 batang serai dititik
8 biji cili padi potong tengah
2 biji lada merah potong bulat
2 biji lada hijau potong bulat
2 biji tomato buang biji dan potong dadu
2 biji bawang merah potong dadu
5 helai daun limau purut
sedikit nenas potong dadu
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan serbuk tomyam putih
1 sudu makan cili kisar
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula
sedikit garam

Cara2nya:
panas sedikit minyak kemudian masukan semua bahan2 kedalam kuali 
keculi bahan2 sos serta serbuk tomyam putih..
kacau sehingga naik bau.
masukan kan cili kisar,sos tiram,sos tomato,dan sos cili.kacau sehingga naik bau dan pekat.
masukan pula serbuk tomyam putih,gula.garam dan sedikit air supaya tidak pekat sangat.
kacau sehingga sebati dan tutup lah api..
tuangkan kuah yang siap dimasak keatas ikan siakap goreng tadi.
Taraaaaaaaa!!..ni lah hasilnya ikan tadi.
SIAKAP SEMANIS AYU


Ikan ni memg sedap dan manis isinya beserta dengan kuahnya yang masam2 manis.
macam tuannya punya resepi ni..hehehe..
P/S : kalau nak lagi sedap masukan lada bangla merah dan hijau.putik jagung serta bunga kantan hiris.


~ SELAMAT MENCUBA~

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK BILIS+PETAI

Assalammuallaikum sahabat yg ayu hormati..hari ni ayu buat makan2 sikit kat umah.bukan lah open house.
tapi ayu dah tak tahu nak masak apa sebab rasanya selalu dah masak.sampai rasa jemu pun ada.fikir fikir fikir naik ligat memikirnya.jadi ayu ajak suami pergi pasar pagi di batang kali daerah uluyam.Alahaiiiii...terpandang lah petai bergantung2 di pasar,apa lagi ayu sambar lah 5 papan...wahhh lega..bahan2 ada.jadi ayu layan lah menu kat bawah ni..jommmmmmmm!!!

SAMBAL TUMIS TEMPOYAK BILIS + PETAI


Bahan2nya:
5 papan petai-isi belah 2
segengam ikan bilis kopek
2 biji bawang besar hiris
3 sudu makan tempoyak
20 biji cili padi ikut pedas
2 inci kunyit hidup
1 1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit minyak


Cara2nya:
Goreng dahulu ikan bilis jangan sampai garing,angkat dan ketepikan.
goreng pula bawang hiris sampai layut,angkat dan satukan dengan ikan bilis tadi.
tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat dan ketepikan
panaskan sedikit minyak kemudian masukan bahan2 kacau sehingga naik bau.
masukan pula ikan bilis,petai dan bawang hiris tadi kacau sebati.
kemudian masukan tempoyak kacau sebati.
masukan pula air (ikut kepekatan masing2).bubuh pula garam dan gula..
siap untuk dihidangkan.

~SELAMAT MENCUBA~

APAM MENTEGA GULA HANGUS

Assalammuallaikum sahabat semua dan selamat petang?..dah minum petang ke? Hari ni anak-anak ayu cuti sekolah sebab semalam ada sukan di sekolahnya.hemmm,anak-anak aje yang cuti sekolah tau.kita ni orang perempuan tetap kerja dengan rutin harian di rumah..kepala ni setiap hari ligat nak fikir apa yang nak dibuat di rumah.yang penting makan??heheeh.makan pagi,makan tengahari,makan petang dan makan malam..full lah setiap hari tentang makan.so pagi ni ada sahabt baik nak datang rumah jadi pagi-pagi jam 7 aku dah mengapam di dapur.melecurlah sikit tangan ni..huhuhu.tapi tak megapa asalkan kerja aku siap hari ni.hari ni aku buat apam maentega memang lembut.gebu dan sedap...jom folow resepi ni...

~APAM MENTEGA GULA HANGUS~
bahan2 A :
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
125g mentega
~larutkan gula kemudian tutupkan api.
,asukan pula air secara pelahan2 supaya is tak meletup dan terkena tangan
buka semula api kemudian  masukan pula mentega kacau sehinggga mendidih dan sejukan.

bahan2 B:
1/2 cawan gula pasir
2 biji telor
1 3/4 cawan tepung gandum di ayak
1/2 sudu kecil soda bikarbonat di ayak
200ml susu cair
1/2 sudu kecil esen vanilla
~masukan semua bahan2 di atas kedalam blends dan blends sehingga adunan sebati.
masukan pula air gula tadi dan blends sekali lagi sehingga kembang.


kemudian tapislah adunan tadi.seperti gamabr diatas.


kemudian masukan kedalam acuan yang anda minati.


ingat??..sebelum membuat adunan kene panaskan pengukus dahulu ya? dengan api yang sederhana besar.
kukus adunan tadi selama 25min.dalam tempuh 25min jangan sesekali membuka penutup kukusan.
ini kan menyebabkan adunan menjadi mendap dan batat.


selepas 25minit ni lah hasil apam mentega tadi..memg gebu n cantik walahhh!!.


Taraaaaaaaa...ni lah hasilnya.siap untuk di hidang..memg lembut grbu dan sedap...yamiii!!
~SELAMAT MENCUBA~