SELAMAT DATANG RAMADHAN ALMUBARAK 2012

Assalamualaikum,
Hari ini merupakan hari pertama semua umat islam di Malaysia menjalankan ibadah berpuasa. Di sini, ayu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berkesempatan singgah di muka buku ini….
Selamat berpuasa  dan harapan ayu semoga ibadah berpuasa tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnya.
Ramadhan adalah satu bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua umat islam diseluruh dunia.  Setiap detik dan waktu adalah keberkatan dan mendapat pahala serta ganjaran dari Allah SWT sekiranya kita sentiasa mengingati Nya.  Perbanyakkan lah beribadah dibulan ini.  Hiasilah bulan ini dengan banyak melakukan solat-solat sunat terutamanya dimalam hari, membaca Al-quran, bersedekah dan lakukanlah solat terawih yang hanya dapat dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
Allah telah menjanjikan malam 1000 bulan iaitu malam LailatulQadar.  Janganlah kita memikirkan sangat adakah malam ini atau malam esok akan berlakunya LailatulQadar… yang penting setiap dari kita mesti berazam dan melakukan ibadah tersebut pada setiap hari dan malam.  InsyaAllah dengan cara itu, pasti kita tidak akan terlepas dari mendapatkan malam 1000 bulan tersebut.
Alhamdulillah, dipagi 1 Ramadhan ini ayu masih lagi bernafas… Syukur kehadrat Ilahi yang masih memanjangkan usia ayu. Ayu juga bersyukur kerana Allah masih memanjangkan usia kedua ibubapa ayu,suami tercinta,anak2 lelaki ayu dan adik beradik ayu semua.
Bagaimana pula anda diluar sana? Marilah kita sama-sama memeriahkan Ramadhan yang boleh diumpamakan sebagai bulan pesta bagi semua umat islam.  Rebutlah peluang ini dengan sepenuhnya.  Jangan lah kita menjadi orang yang rugi.  Ramadhan tetap datang dan pergi… namun adakah kita pasti akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Untuk tidak menjadi orang yang rugi…Jom!! Sama-sama kita manfaatkan sepenuhnya Ramadhan.

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA
MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI AYU SEKELUARGA..

sekadar gambar hiasan