IKAN KELI LEMAK CILI API

Assalammuallaikum dan selamat tengahari sahabat semua..dah makan tengahari ke belum?..masak apa hari ni?..kita ni asyik masak aje kan dh naik jemu dok dapor..x athu nak masak apa..korek peti sejuk ada lah terpandang ikan keli..so nak masak apa yg dengan ikan keli ni?/jom layan menu kat bawah ni...

~IKAN KELI LEMAK CILI API~
bahan2nya:
2 ekor ikan keli -basuh dengan asam jawa
1 sudu makan minyak masak
1 batang serai ketuk
3 bijin bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih-ditumbuk
sehelai daun kunyit
1 biji tomato -potong 6
4 batang bendy 
15 biji cili api-ditumbuk
2 cm kunyit hidup-ditumbuk
4 helai daun limau purut.
sedikit garam
200ml santan
1 1/2 cawan air

cara2nya:
panaskan minyak dan masukan bahan2 tumbuk gaul sehingga naik bau.masukan pula ikan kacau sekejap dan masukan santan ,tomato,serai,daun kunyit,daun limau,bendy,dan serai.kacau sebati.
masukan pula air dan garam
tunggu sehingga mendidih..siap


ni lah hasilnya...nampak sedap kan??memg sedap dan ni lah lauk kegemaran ku
dari dulu kini dan selamanya..


ooppp..yang ni pun ada rebus kerang dan cecak kuah kicap sahaja..memg sedap untuk diratah-ratah aje ni..heee..kuah cicahnya ayu buat simple aje.jom layan resepi kuah cicahnya..

bahan2nya:
1 biji bawang merah potong dadu
 1 biji lada merah hiiris
5 sudu makan kicap manis
6 biji cili api hiris
2 s/ jus limau nipis..
sedikit gula

Cara2nya:
satukan semua bahan2 dan gaul sebati..siap

~SELAMAT MENCUBA~

No comments:

Post a Comment