NASI GORENG DAUN LIMAU PURUT

Assalammuallaikum selamat pagi sahabat?..semoga sihat dan ceria 2 hendaknya di samping family2 tercinta..
Dah jarang2 masuk ke blog ni sebb tak sempat nak menaip resepi atau pun nak jenguk2 blog sendiri..Adoiii,nasib baik lah blog tak boleh berkulat,kalau boleh berkulat penug sawang sekali kat lappy ayu ni..ishishish....
ni nak tanya dah sarapan ke sahabat semua ni?dah kpt sebab waktu dah 10.00am..so ape ya menu pagi2 ni untuk bersarapan?Ni ayu pun pening nak buat ape ya sarapan pada tamu yang berkunjung kerumah di pagai hari..hemmmm....terjengok di dalam periuk ade nasi malam tadi yang ayu masak jam9.00pm langsung tak berusik..ishishish,sipat yang tak elok ayu buat..1 pembaziran kan,kat tempat lain masih ramai yang kelaparan tu..??huhuhu..so..fikir punya fikir ayu n tak mahu menbazir tau..tak elok..so terhasil lah satu resepi nasi goreng...tau ke nasi goreng ape ni???jom layan resepi kat bawah ni..

NASI GORENG DAUN LIMAU PURUT
Bahan2 A:
Dikisar~
8 tangkai cili kering direndam air panas
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
8 helai daun limau putut
1/2 cawan ikan bilis

bahan2 B:
nasi secukupnya(anggaran masak 2 pot nasi)
1 ekor ikan masin sepat di goreng n di potong2kecil
2 keping tahu di goreng dan hi potong2 kecil
5 tangkai daun limau purut di hiris
2 cudu makan bawang goreng
sedikit garam
sedikit perasa secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara2nya:
panaskan kuali dan masukan minyak
tumiskan bahan2 A kisar hingga naik bau dan garing
masukan pula bahan2 B kecuali nasi kacau n biarkan seketika hingga naik bau
msukan nasi dan kacau sebati
siap untuk di hidang..



Siappppp...jom sarapan?..nasi ni ayu gunakan beras basmaty tu le rasanya cukup2 enak dan mudah nak buatnya..cuba lah?..ok..

No comments:

Post a Comment