AYAM MASAK MADU


Assalammuallaikum semua..ada 1 lagi resepi ni nak ayu kongsi bersama dengan semua sahabat semua.selama ni ayu suka sangat2 pi makan kat kedai mamak di Kuala Kubu.mMenu yang paling2 ayu suka ada lah ayam masak madu.ia memg sukup sedap,lazat dan menyelerakan.nak buat memang tak tahu tapi makan no.1..hehehe..Tapikan kalau makan harganya pula mak aiiii..mahal kan?mahu tak mahu ayu makan lah juga sebab tu aje menu yang ayu suka kalau pergi kat kedai mamak di mana2 pun pasti ayu makan ayam madu..tapi bukan mengatak ayam tau!!..ayu makan dengan nasi beriani..wahhhhhhh...cukup2 sedap dan lazat.                                                                                               Kemudian ayu cuba sendiri buat AYAM MASAK MADU ni dengan hasil perkongsian di banyak2 kedai makan mamak dan di dalam blog2 yg terbaik penah ayu terokai.. jom kita tengok resepinya ya??...
AYAM MASAK MADU
Bahan2nya:
 1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.Bersihkan dan sedia untuk goreng.
 250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
 100gm buah kismis.
 50gm buah jagus.
 2 sudu besar gula pasir.
 1 sudu besar serbuk cili.
 1 susu besar Jintan putih.
 1 sudu besar Jintan manis.
 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).
 Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.
 Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)
 Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)
 Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.
 Hirisan bawang besar i biji (besar).
 Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.

Cara2nya:
1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam(sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja.Asingkan..
2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagis dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.
3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila kelurkanbau yang harum masukkan hirisan bawang dn daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan bahan kisaran Bawang+Halia + bawang putih.
4. Apabila gorengan nimengeluarkan haruaman masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir.Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan.Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan.Masukan garam yang sederhana.
5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan Buah ganjus dan kismis yang telah goreng.Kacau serata.
6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah).



 yaaaaaaaa..ni lah hasilnya ayam masak madu yang ayu buat sendiri tau...sedap sedap sedap..heheh
kene puji diri sendiri punya masakan kalau tak siapa lah nak puji nanti..huhuhu
nak makan dengan apa ya ayam masak madu ni??
APEEEEEEEEEEE!!!!..nasi beriani ya??




tu diaaaaaaaaaa....siap dah sebenarnya nasi beriani nya..nak resepi ya???
Tungggggggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
di posting akan datang..
SELAMAT HARI RAYA...


No comments:

Post a Comment