TAT KURMA BERCAPPUCINO

Assalammuallikum semua...ada lagi resepi baru ni dari ayu..tak tahu lah ape yang baru tu tapi yang pastinya ayu buat sendiri dan di gubar2 menjadi 1 resepi yang rasanya lain dari yang lain.tu lah ayu katakan baru..heheh..ok lah kali ni ayu nak tunjukan resepi dan gambar yang ayu gubah sendiri aduanya menjadi biskut yang sedap rasanya serta aroma yang menusuk hidung..tak percaya??..jom kite jenguk2 resepi kat bawah ni ok??..

TAT KURMA BERCAPPUCINO
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
sedikit esen vanilla
1 sudu makan cuppucini emulco
secukupnya buah kurma dibuang biji dan di belah 2 sekiranya kurma tu memanjang
sedikit pewarna unggu
sedikit pewarna hijau

Cara2nya:
Pukul butter dan telor sehingga kembang.
Masukan pula potassium sorbate,esen vanilla dan cuppucino emulco dan pukul sebati.
masukan pula tepung pineapple dan adun sehingga menjadi doh lembut.
masukan pula pewarna unggu dan uli sebati.
kemudian masukan pula pewarna hijau uli lagi sehingga adunan menjadi warna hijau lumut.
ambil sedikit adunan dan bentukan menjadi tat roll.
masukkan kurma dan rollkan.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30min suhu 170'c.


so ni lah rupanya tat kurma cappucino yang belum di bakar lagi..


ok..yg ni sudah siap di bakar..rasa dan aromanya cukup2 sedap dan harum.
pada yang mencuba tak akan rasa menyesal sebb ayu buat ni semestinya terbaik buat kawan2 semua..
pada yang nak mencuba selamat mencuba dan salam ramadan dari nur buat semua sahabat..









No comments:

Post a Comment