TAT ROSELLE

Assalammuallaikum...ada lagi resepi biskut yang ayu buat 2 hari lepas.biskut ni agak tak menarik sebab baru2 mencuba membentukannya..huhu tapi layan aje lah asalkan jimat dan sedap.yang penting cepat siap..huhu..penat weiiiiiii!! mengadap dapur ni.di tambahkan pula hari2 yang makin panas menbahang..huhu..jom layan le ressepi yang mudah dan jimat..ape yag jimay tu ya??heeh..jom!!

TAT ROSELLE
Bahan2nya:
440g tepung pineapple pastri
250g butter
2 biji kuning telor
1/2 sudu kecil potassium sorbate
1 1/2 sudu makan strawberry emulco
sedikit esen vanilla
sedikit pewarna kuning
sedikit pewarna hijau
Jem ROSELLE secukupnya

Cara2nya:
Pukul butter dengan telor hingga kembang.
Masukan esen vanilla,strawberry emulco,potassium sorbate dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukan pula tepung Pineapple dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
ambil sedikit adunan dan bubuh pewarna hijau sedikit uli sehingga sebati.
baki adunan semua tu di bubuh dengan pewarna kuning dan uli lagi sehingga warna menjadi sebati.
ambil sedikit doh dan bulat2kan tekankan tengah2 adunan dan masukan sedikit jem ROSELLE kedalamnya.
bentukan nya dengan mengunakan gunting lipat.jadikan bentuk seperti strawberry dan ambil doh berwarna hijau dan bentukkan daun dan lekatkan atasnya dengan secara menekan sedikit.nak buat bentuk daun gunakan acuan Daisy?Marguerite.
susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 25min suhu 170'c..


ni lah hasilnya sebelum bakar.agak huduh sikit le sebb terketar2 nak menguntingnya..heheh..


yang ni lah hasilnya selepas di bakar...ok tak ya??heheh..ok lah kot sebb sedap..heheh...
apepun kalau nak beli bahan2 pineapple pastri beli lah di kedai bahan2 membuat kek dan biskut.macam2 ada di sana..ok lah selamat mencuba semuanya ok...

Salam Ramadan..






No comments:

Post a Comment