RENDANG CRABSTICK

assalammuallaikum...selamat pagiiiiiii!!..hope semuanya sihat2 hendaknya ya di samping family yg sihat n ceria2 semuanya...hari ni ayu nak tunjukan resepi crabstik.hari tu ayu buat crapstik spicy.tapi kali ni ayu nak buat crapstick rendang yg cukup ranggup dan rempahnya melekat di crabstck.Yang dah makan tu pasti tahu rasa crabstik rendang resepi dari air tangan ayu sendiri..
jom kita jengok2 resepinya ok??..

CRABSTIK RENDANG
Bahan2nya:
500g crabstik
1/2 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan serbuk rendang
2 sudu makan serbuk tomyam putih
1 sudu makan serbuk cili
air secukupnya
minyak masak yg banyak untuk mengoreng
sedikit garam
daun kari 8 tangkai ambil daun sahajs

Cara2nya:
panaskan minyak dalam kuali besar
crabstik dihiris kemudian di siat selapis2
masukan dalam mangkun besar campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali air n minyak
gaul sebati kemudian ambil air renjis2kan air kedalam crabstik tadi
gaul lagi sehingga nampak rempah2 melekat kat crabstik tadi,
(jangan bubuh banyak air cukup sekadar rempah melekat sahaja di crabstik)
kemudian bolehlah digoreng sehingga garing dan toskan.
simpan dalam kedap udara.


ni hasilnya..memg sedap n rapuh.ayu buat ni tuk open house masa 31 merdeka..crapstik kari nspicy dh habis jadi ayu buat  stail rendang pula..rasanya lagi sedap dri crapcsrik kari spicy hari tu..
sesiapa yg sudi bolehlh try resepi ni.memg tak menghampakn anda semua..
SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment