SIAKAP SEMANIS AYU

Assalammuallaikum..aaaa  pelikkan nama resepi ni..serupa macam sweet sour kan tapi ayu dah ubah dalam masakan ni jadi nama resepinya pun kene ubah jua..untuk memeriahkan ikan ni..heheh
jom layan resepi ni..........

~SIAKAP SEMANIS AYU~
Bahan2nya:
1 ekor ikan siakap bersaiz sederhana besar
sedikikit garam dilumurkan pada ikan siakap
sedikit tepung magik yang kini laris dipasaran
sedikit kunyit lumur pada ikan siakap
minyak mengoreng secukupnya
~kemudian goreng lah ikan siakap sehingga garing atas api sederhana.



selepas di goreng ni lah hasilnya ikan siakap tadi.
laaa kesian ikan ni tak ada selimut..heheh..jom kita layan resepi kuah ikan siakap ni.
dapat lah ikan siakp ni pakai selimut semula..heheh

Bahan2nya:
1 batang serai dititik
8 biji cili padi potong tengah
2 biji lada merah potong bulat
2 biji lada hijau potong bulat
2 biji tomato buang biji dan potong dadu
2 biji bawang merah potong dadu
5 helai daun limau purut
sedikit nenas potong dadu
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan serbuk tomyam putih
1 sudu makan cili kisar
sedikit minyak untuk menumis
sedikit gula
sedikit garam

Cara2nya:
panas sedikit minyak kemudian masukan semua bahan2 kedalam kuali 
keculi bahan2 sos serta serbuk tomyam putih..
kacau sehingga naik bau.
masukan kan cili kisar,sos tiram,sos tomato,dan sos cili.kacau sehingga naik bau dan pekat.
masukan pula serbuk tomyam putih,gula.garam dan sedikit air supaya tidak pekat sangat.
kacau sehingga sebati dan tutup lah api..
tuangkan kuah yang siap dimasak keatas ikan siakap goreng tadi.
Taraaaaaaaa!!..ni lah hasilnya ikan tadi.
SIAKAP SEMANIS AYU


Ikan ni memg sedap dan manis isinya beserta dengan kuahnya yang masam2 manis.
macam tuannya punya resepi ni..hehehe..
P/S : kalau nak lagi sedap masukan lada bangla merah dan hijau.putik jagung serta bunga kantan hiris.


~ SELAMAT MENCUBA~

2 comments: